No Image Caption

Kesedaran Buli: Pentingnya Pendidikan Awam

15 Nov 2023 04:32pm

Isu buli adalah satu fenomena sosial yang semakin mencemaskan dalam masyarakat kita. Ia kerana, di era moden yang penuh dengan teknologi dan media sosial, buli tidak lagi terhad kepada persekitaran fizikal, tetapi telah melebar ke dunia maya dikenali buli siber.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cukup tegas dan serius terhadap kejadian buli yang berlaku kepada murid. Kementerian ini gigih menggali lebih mendalam tentang isu buli, memahami punca dan kesannya serta mencari penyelesaian yang efektif untuk mengatasi masalah tersebut.

Salah laku buli boleh memberi kesan negatif yang serius kepada individu dan masyarakat, oleh itu, pemahaman dan usaha kolektif untuk menanganinya adalah penting dalam mencipta persekitaran yang lebih selamat dan mesra buat semua.

Konklusinya, penyelesaian kepada isu buli dalam kalangan murid melibatkan usaha bersama dari pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat dan murid sendiri demi meningkatkan kesedaran, memberikan sokongan dan mengambil tindakan pencegahan serta intervensi yang sesuai.

Malah, kesediaan KPM bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti sekolah, pusat kesihatan dan pihak polis dalam usaha mengatasi buli adalah langkah terbaik.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp