No Image Caption

RPM2026-2035: Penentu masa depan negara!

RAIHAM MOHD SANUSIRAIHAM MOHD SANUSI
09 Feb 2026 07:30am

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 menjadi dokumen hala tuju penting negara dalam memastikan sistem pendidikan nasional kekal relevan, berdaya saing dan berupaya melahirkan insan sejahtera yang mampu menghadapi cabaran masa depan.

Dalam tempoh satu dekad akan datang, pelan pendidikan ini berperanan sebagai kerangka utama yang memandu transformasi pendidikan agar selari dengan perubahan global dan keperluan rakyat.

Dengan tumpuan utama yang jelas kepada mutu, akses dan ekuiti, ketersediaan sumber serta kecekapan, keluwesan dan kemampanan, RPM bukan sekadar menyusun semula dasar sedia ada.

Ia sebaliknya menggariskan pendekatan baharu yang lebih manusiawi, seimbang dan berimpak langsung kepada kehidupan seharian rakyat seiring dengan pelbagai cabaran yang dihadapi dunia pendidikan ketika ini.

RPM2026–2035 mencerminkan komitmen negara untuk membina pendidikan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga membentuk insan sejahtera dan warganegara global sekali gus nadi pembangunan Malaysia.

Ikuti perkongsian Sinar Bestari!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 ditujukan untuk memastikan relevansi dan daya saing sistem pendidikan nasional
  • Berperan sebagai kerangka utama untuk transformasi pendidikan dalam dekad akan datang, selaras dengan dinamika global
  • Fokus utama pada mutu, akses, ekuiti, ketersediaan sumber, kecekapan, keluwesan, dan kemampanan
  • Menawarkan pendekatan baru yang lebih manusiawi dan seimbang untuk menangani cabaran pendidikan semasa
  • Bertujuan membentuk individu yang cemerlang akademik, sejahtera, dan warganegara global, yang vital untuk pembangunan Malaysia
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp