No Image Caption

Langkah kecil, harapan besar!

Gelak tawa dan wajah ceria mewarnai pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah (A) apabila kehadiran maskot animasi Papa Zola dan rakan kolaborasi, SD Guthrie menciptakan detik istimewa buat murid-murid Orang Asli.

Seawal jam 6.30 pagi, langkah kecil murid disambut dengan senyuman, sorakan dan pelukan simbolik di pintu pagar sekolah, sekali gus menjadikan hari pertama persekolahan mereka lebih bermakna.

Suasana sekolah biasanya tenang bertukar meriah, memancarkan rasa diterima dan dihargai dalam kalangan murid yang hadir dengan penuh keterujaan.

Sambutan mesra ini bukan sekadar meraikan kepulangan murid ke sekolah, malah menyemai rasa seronok untuk belajar bahawa ia ruang yang selamat, menyeronokkan dan penuh harapan untuk masa depan mereka.

Program Welcome Back to the School 2026 anjuran Sinar Bestari ini dilaksanakan sempena hari pertama sesi persekolahan pada 12 Januari lalu, bagi menyuntik semangat dan kegembiraan kepada murid.

Jom, saksikan gelagat ceria mereka!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gelak tawa dan wajah ceria penuh di SK Sungai Judah (A) dengan kehadiran Papa Zola dan SD Guthrie menyambut murid Orang Asli
  • Murid disambut dengan senyuman, sorakan, dan pelukan simbolik pada jam 6.30 pagi membuat hari pertama persekolahan bermakna
  • Suasana sekolah berubah meriah, menunjukkan murid diterima dan dihargai
  • Sambutan ini menyemai rasa seronok belajar di sekolah sebagai ruang yang selamat dan menggembirakan
  • Program Welcome Back to the School 2026 diadakan sempena hari pertama sesi persekolahan untuk menyuntik semangat pada murid
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp