100 hari memimpin universiti, ini pesanan Naib Canselor kepada warga kampus
100 hari memimpin universiti, ini pesanan Naib Canselor kepada warga kampus

100 hari memimpin universiti, ini pesanan Naib Canselor kepada warga kampus

webadmin
19 May 2022 05:27pm
A
A
A

Setelah 100 hari menerajui Universiti Utara Malaysia (UUM), Naib Canselor, Profesor Dr Haim Hilman Abdulah mengajak warga kampus untuk bergading bahu berusaha mengekalkan kampus ke arah mencapai hala tuju sebagai sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.

Katanya, misi dan visi universiti tersebut dapat dicapai hanya dengan kerjasama semua pihak terutama staf akademik dan pentadbiran secara keseluruhannya.

Berucap pada Majlis 100 Hari Pentadbiran sebagai Naib Canselor, Haim Hilman berkata, pihak universiti sentiasa memacu ke arah kecemerlangan di universiti seperti yang diaspirasikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Antaranya adalah mengukuhkan ekosistem kampus yang selamat, kebolehpasaran graduan, memperkasakan agenda pendigitalan, memantapkan jaringan kolaborasi strategik, memacu kesejateraan komuniti, mempersada kecemerlangan institusi dan menyemarak semangat #KPTPRIHATIN.

Dalam memacu universiti ini pula, Haim Hilman memberitahu, 20 Key Result Area (KRA) juga telah diperkenalkan bagi merentasi pelbagai teras strategik dengan harapan dapat mengangkat aspek kecemerlangan akademik sedaya mungkin sekaligus menjadi universiti yang peka dengan isu-isu masyarakat dan industri.

“Kita tidak mahu bekerja sebagai Sailo dan ingin menjadi sebahagian dari masyarakat dan industri dengan meningkatkan pendapatan universiti daripada aspek akademik dan bukan akademik,” ujarnya.

Baca juga 

Idea hadiah Hari Guru yang berpatutan dan menarik, ibu bapa pasti tak sabar hendak buat

(VIDEO) ‘Ini mesti ustaz kesukaan murid-murid’, guru tidak menang tangan terima hadiah sempena Hari Guru

Dalam masa yang sama, pihak universiti juga berusaha untuk membuat penjimatan sebanyak mungkin bagi membolehkan setiap sen memberikan pemulangan kepada staf dan pelajar.

Akhir sekali, beliau berharap semua pelajar dan staf sentiasa menjaga hubungan baik antara satu sama lain sehingga orang tertanya-tanya dari mana mereka ini belajar dulu sebab luar biasa perlakuan dan akhlak.

Moga 100 hari pentadbiran ini akan mendapat sokongan sepenuhnya dari semua warga kampus.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, pada majlis yang sama, Haim Hilman menandatangani plak pelancaran 100 hari pentadbiran dan menyampaikan cenderamata kepada pihak berkaitan termasuklah Presiden Persatuan dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan-timbalan Naib Canselor, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Pendaftar, Provos UUM Kampus KL, barisan Presiden Persatuan dan MPP UUM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok