hari guru hadiah
hari guru hadiah

(VIDEO) ‘Ini mesti ustaz kesukaan murid-murid’, guru tidak menang tangan terima hadiah sempena Hari Guru

Adlan Farhan Azwan
19 May 2022 04:56pm
A
A
A

Hari Guru yang berlangsung baru-baru ini dapat menyaksikan pelbagai kisah menarik serta memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Majoriti sekolah mengadakan sambutan Hari Guru bersama murid-murid sebagai salah satu tanda penghargaan buat semua warga yang bergelar pendidik.

Kebiasaannya pada Hari Guru, golongan pendidik akan menerima pelbagai jenis hadiah sama ada daripada anak murid, bekas murid atau sesiapa sahaja.

Kita sendiri dapat lihat perkongsian yang dibuat oleh guru-guru di media sosial tentang hadiah unik dan kreatif yang diterima oleh mereka.

Baru-baru ini, satu video turut tular di laman TikTok yang memaparkan seorang guru kelihatan tidak menang tangan apabila menerima banyak hadiah daripada anak-anak muridnya sempena dengan Sambutan Hari Guru.

[embed]https://www.tiktok.com/@wanazranwanabdullah/video/7098237918833069339?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7062922595423651330[/embed]

Guru tersebut yang dikenali sebagai Wan Azran Wan Abdullah berkongsikan detik-detik gembira itu ketika sesi penyerahan hadiah oleh murid-murid kepada guru di sekolah itu.

Menurut video tersebut, Wan Azran tidak menyangka hadiah yang diterimanya itu begitu banyak sehingga boleh mencecah paras kepala.

Beliau turut berterima kasih kepada semua anak-anak muridnya yang sudi memberikan hadiah kepadanya.

Setakat ini, video tersebut telah meraih hampir 250,000 jumlah tontonan dengan lebih 10,000 tanda suka.

Dalam pada itu, ramai pengguna laman berkenaan turut memberikan komen positif serta memuji tindakan anak-anak murid yang mengingati jasa guru berdasarkan hasil daripada jumlah hadiah yang diterima.

@nieda8081: Wah! Ini mesti ustaz yang baik dan disayangi anak-anak murid.

@wan_hanisah73: Ramai peminat ustaz mengalahkan artis, semoga bahagia selalu pak ustaz.

@bdkutara4: Di situ kita boleh tahu sifat ustaz itu macam mana dengan anak-anak murid.

Artikel berkaitan 

(VIDEO) Kejutan istimewa sempena Hari Guru, ibu murid hadiahkan rotan kepada guru di sekolah

Disiplin diri kunci kejayaan pelajar UTM, rangkul Anugerah Canselor dan Anugerah Akademik

Tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia, Norazah kini jadi inspirasi ahli akademik lain


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan