Barisan pensyarah dari Politeknik Merlimau bersama wakil rector dan pensyarah dari Institut Teknologi & Bisnis Asia Malang.
Barisan pensyarah dari Politeknik Merlimau bersama wakil rector dan pensyarah dari Institut Teknologi & Bisnis Asia Malang.

11 pensyarah kongsi ilmu dan kepakaran menerusi program English TVET

Roshlawaty Md Raieh
09 Nov 2022 04:47pm
A
A
A

Baru-baru ini, buat pertama kalinya, barisan pensyarah Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah berkunjung ke Institut Teknologi dan Bisnis Asia, Malang, Indonesia.

Kunjungan yang disertai 11 pensyarah itu bertujuan berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing menerusi program English Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Pengarah Program, Marina Abu Bakar, English TVET merupakan program yang mengaktifkan jaringan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Ia telah berlangsung selama sehari dengan sesi perkongsian melalui pembentangan oleh pensyarah yang terlibat.

“Selain itu, 90 pelajar Institut Teknologi dan Bisnis Asia daripada latar belakang tahap penguasaan bahasa Inggeris yang berbeza turut serta mengikuti English TVET untuk perkongsian ilmu,” ujarnya.

Wakil PMM dan Institut Teknologi dan Bisnis Asia yang mengikuti program English TVET.

Sebelum itu, aktiviti kolaborasi ini pernah dilaksanakan pada tahun lalu yang diadakan melalui Broadcasting Workshop secara dalam talian akibat pandemic Covid-19.

Mengulas lanjut mengenai English TVET, Marina berkata, beberapa aktiviti diadakan bagi mengetengahkan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang menyeronokkan.

Antaranya, menggunakan pendekatan 'incidental learning' iaitu mempelajari sesuatu secara tidak langsung.

Sebagai contoh, mempelajari subjek Geografi dengan cara melakukan ‘perjalanan maya’ ke kawasan-kawasan tertentu.

Dalam program English TVET itu juga, rombongan berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa tempat di Institut Teknologi dan Bisnis Asia seperti ruang kerja automasi dan robotik serta inkubator keusahawanan.

Diharapkan program sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai pensyarah dari politeknik yang berlainan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.

Artikel berkaitan 

30 pelajar tahfiz ikuti program Latih Usahawan Bakeri

I-CarE 9.0 bantu pelajar politeknik intai peluang pekerjaan dengan cara mudah

“Hancur harapan mereka” - Cikgu terkilan murid tersingkir pertandingan bahas akibat gangguan internet dan elektrik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok