269826336_2464581690343018_1849209586036983452_n
269826336_2464581690343018_1849209586036983452_n

1,732 siswazah terima ijazah pada Majlis Konvokesyen UTP ke-20

Adlan Farhan Azwan
24 Dec 2021 05:29pm
A
A
A

IPOH - Sebanyak 1,732 orang siswazah Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-20 universiti itu yang diadakan sejak 18 Disember lalu.

Sebanyak 1,466 siswazah menerima ijazah Sarjana Muda manakala 266 orang menerima Sarjana Muda yang terdiri daripada 184 orang siswazah antarabangsa daripada 30 negara termasuk Indonesia, India, Sudan, Bangladesh, Pakistan dan Yemen.

Majlis Konvokesyen secara bersemuka itu diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti ditetapkan dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan serta penjarakan fizikal.

BACA JUGA: Graduan UIAM berkonvo 3 kali tahun depan

BACA JUGA: Pasangan kembar antara 309 graduan kelas pertama dirai dalam Majlis Konvokesyen UMT

Ini adalah kali pertama UTP mengadakan majlis konvokesyen sebanyak 10 sesi bermula 18 Disember lalu bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan, berbanding sebelum ini majlis diadakan sehari.

Majlis konvokesyen kali ini juga amat bermakna buat UTP dengan pelantikan dua Pro Canselor baharu iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik dan Ahli Lembaga Pengarah yang juga bekas Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Kedua-dua Pro Canselor baharu dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Teknologi Petronas Sdn Bhd Bacho Pilong bergilir-gilir menyampaikan skrol ijazah kepada graduan semasa majlis konvokesyen berlangsung.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Turut hadir pada majlis itu Naib Canselor UTP Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib yang juga Eksekutif Pengurusan dan Ahli Senat UTP. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok