181 pegawai pengurusan dan pelaksana ikuti program pembinaan pasukan
181 pegawai pengurusan dan pelaksana ikuti program pembinaan pasukan

181 pegawai pengurusan dan pelaksana ikuti program pembinaan pasukan

Roshlawaty Md Raieh
22 Jul 2022 04:19pm
A
A
A

Bagi membina semangat perpaduan dan persefahaman serta memperkasakan perkhidmatan yang bermutu tinggi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program membabitkan staf yang terpilih, baru-baru ini.

Program Team Building & Retreat JHEPA 2022 yang diadakan pada 15 hingga 18 Julai lalu di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor, disertai seramai 181 staf yang terdiri daripada pegawai pengurusan dan pelaksana.

Menurut Pengarah program, Suhaimi Zulkipli, penganjuran program tersebut bertujuan mengukuhkan jati diri dan ukhwah dalam kalangan warga JHEPA bagi menjamin kelancaran pengurusan pentadbiran jabatan serta memenuhi KPI universiti.

Tambahnya, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk peserta sepanjang mereka berkampung di Kem Bumi Jati itu.

Antaranya, sesi bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) iaitu Pendaftar Universiti, Helmi Zaifura Abdul Rahman, aktiviti Team Building, sesi refleksi Team Building, mesyuarat KPI dan Pelan Strategik 2022-2023, majlis makan malam dan Festival of Ideas.

Sementara itu, Helmi Zaifura dalam ucapannya berkata, semua staf di UPSI perlu mengamalkan governan dinamik dalam merancang, mengurus dan memantau pengurusan setiap pusat bagi memastikan agenda universiti tercapai dengan berkesan.

Program itu, jelasnya, adalah satu titik tolak ke arah proses penambahbaikan dalam organisasi dari aspek hubungan dan komunikasi, pengetahuan tentang organisasi dan nilai teras organisasi.

Aktiviti yang menguji minda peserta Team Building & Retreat JHEPA 2022.

Sambung Helmi Zaifura, peningkatan kualiti staf adalah antara usaha untuk memartabatkan pekerja supaya menjadi lebih mantap dan bermutu seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSI.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin memuji program tersebut kerana ia adalah program tahunan yang bertujuan membina hubungan harmoni dalam kalangan staf tanpa mengira status dan pangkat.

Norkhalid yang turut menyertai semua aktiviti sepanjang program berlangsung berpendapat, pentingnya mengeratkan hubungan antara staf terutama staf pentadbiran dan staf akademik bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal.

Norkhalid

Artikel berkaitan

UPSI wujudkan tabung bantuan, prihatin masalah kewangan kakitangan terkesan Covid-19

Pendidikan Ulul Albab UniKL

Tamat pengajian sarjana dalam bidang TESL, Najwa Latif teruja mahu bergelar Doktor


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok