New Project
New Project

250 terima Anugerah Senarai Presiden

webadmin
17 Dec 2021 04:51pm
A
A
A

Kecemerlangan pelajar MSU diiktiraf setelah mendapat CGPA 3.75 dan ke atas untuk tiga semester berturut-turut

Penerapan budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar merupakan antara aspek terpenting dalam melahirkan graduan yang kompeten, versatil dan holistik.

Sehubungan itu, Management & Science University (MSU) terus komited dalam menjadi platform penjanaan kecemerlangan pelajar apabila telah mengadakan majlis khas bagi meraikan kejayaan pelajar cemerlangnya bagi sesi pengajian 2020/2021 di kampusnya di Shah Alam baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid.

Turut hadir ialah Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid dan barisan pengurusan kanan MSU.

Seramai 250 pelajar telah menerima Anugerah Senarai Presiden masing-masing di mana 168 merupakan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 82 pelajar peringkat diploma.

Pencapaian tersebut adalah mengiktiraf kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dengan memperolehi Purata Gred Semester (CGPA) 3.75 dan ke atas untuk tiga semester berturut-turut.

Para penerima Anugerah Senarai Presiden terdiri daripada pelajar melalui 77 bidang pengkhususan. Bilangan pelajar terbesar ialah dari Faculty of Business Management & Professional Studies (67), School of Hospitality & Creative Arts (47), Faculty of Health & Life Sciences (44), Faculty of Information Sciences & Engineering (41), School of Education & Social Sciences (31), School of Pharmacy (13) dan International Medical School (7).

Turut menerima Anugerah Senarai Presiden kali ini ialah 18 pelajar antarabangsa MSU dari Jordan, Sudan, Brunei, Botswana, Filipina, Yaman, United Kingdom, Tanzania, Sri Lanka, Lubnan, India, Turki, Indonesia dan Pakistan.

Selaku antara universiti terbaik di Malaysia, MSU memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti melalui penggunaan kaedah pengajaran kreatif dengan matlamat melahirkan graduan yang kompeten dan versatil.

Program pengajian ditawarkan menjamin perkembangan kemahiran insaniah serta melalui pengalaman pembelajaran menyeluruh.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) menyaksikan kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 98.7 peratus dan merupakan tertinggi dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok