4 pelajar UPSI muncul johan pertandingan busking, bawa pulang hadiah RM1,000
4 pelajar UPSI muncul johan pertandingan busking, bawa pulang hadiah RM1,000

4 pelajar UPSI muncul johan pertandingan busking, bawa pulang hadiah RM1,000

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
16 Sep 2022 11:00pm

Empat pelajar Diploma Muzik, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjuarai Pertandingan Busking Kempen Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan ke-65, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Syahrell Ruzaimi Abdullah, Charlie Chee, Redley Albert dan E.D.Shazry Aman yang beraksi atas nama Kumpulan 16 Project.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap, kemenangan itu sebagai hadiah untuk UPSI yang sedang menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya sejak 29 November 1922.

“Saya gembira dengan kemenangan mereka dan mahu mengucapkan tahniah kepada FMSP kerana berjaya melahirkan graduan muzik dan seni persembahan berbakat yang bakal menjadi pendidik seluruh negara kelak,” katanya.

Bagi Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Mohd Azam Sulong atau Azam Dungun, kemenangan pelajar UPSI ini adalah hasil komitmen dan semangat patriotisme yang tinggi serta usaha yang bersungguh-sungguh.

Kumpulan 16 Project yang menampilkan lagu Aku Negaraku dan Mentera Semerah Padi berjaya muncul juara dengan menewaskan 16 kumpulan lain.

Mereka yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 itu berhasrat mahu menyertai pertandingan yang sebegini lagi demi mengharumkan nama universiti.

Artikel berkaitan 

Masa depan ragbi wanita UPSI dan UM cerah

Penyelidik UPM bangunkan teknologi minyak masak terpakai untuk kegunaan antena

Kerana populariti sukan frisbee, kumpulan pelajar UKM sepakat anjur UFUC 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp