20220901154322blobid3
20220901154322blobid3

Penyelidik UPM bangunkan teknologi minyak masak terpakai untuk kegunaan antena

Adlan Farhan Azwan
08 Sep 2022 03:26pm
A
A
A

Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya mencipta inovasi Pes Tiub Nano Karbon (CNT) yang diperbuat daripada sisa minyak masak terpakai dan minyak biji rami sebagai pengikat organik.

Teknologi pes atau dakwat konduktif organik yang mengaplikasikan teknologi hijau merupakan salah satu produk UPM di bawah syarikat Serdang Paste Tech Sdn Bhd dan terbukti dapat membantu dalam meningkatkan kuasa dan jalur lebar antena.

Pegawai Penyelidik ION2 UPM, Ts Dr Intan Helina Hasan berkata, CNT boleh menghasilkan pelbagai produk yang memberi manfaat kepada masyarakat antaranya ialah antena pada peranti telefon pintar.

Antara produk lain yang dihasilkan daripada inovasi Pes Tiub Nano Karbon (CNT).

“Inovasi ini menggunakan teknologi filem tebal untuk meningkatkan prestasi antena yang melibatkan proses pengubahsuaian komposisi bahan dan kaedah penyediaan serta fabrikasi peranti.

“Minyak masak terpakai ialah bahan mesra alam yang boleh digunakan untuk menghasilkan antena bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan menggabungkan inovasi Pes Konduktif Organik (OCP) yang juga telah dibangunkan oleh penyelidik UPM,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambahnya, antena berasaskan CNT telah menunjukkan hasil yang baik dan boleh diterokai lebih lanjut untuk antena tampalan boleh cetak dalam industri telekomunikasi.

Teknologi pencetakan skrin dalam pembuatan antena untuk telefon pintar.

“Inovasi ini menggunakan kaedah percetakan skrin yang mana membolehkan peranti diubah suai mengikut pelbagai faktor.

“Fleksibiliti dan saiz antena yang kompak atau kecil juga akan menjadi daya tarikan penting produk berdasarkan inovasi ini,” jelas beliau.

Artikel berkaitan

Inovasi Q-CaT Kit tingkatkan kesedaran masyarakat lakukan CPR

Demi mudahkan pesakit asma, 3 penyelidik bergabung hasilkan Tanaffas

CEDS hasilkan We-SET, bantu lepasan SPM pilih program diploma di UTHM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok