banjir-UMK (1)
banjir-UMK (1)

500 sukarelawan UMK siap siaga hulur bantuan kepada mangsa banjir

Adlan Farhan Azwan
15 Dec 2022 11:31am
A
A
A

Apabila menjelang hujung tahun, beberapa kawasan di negara ini bakal berdepan musim Timur Laut yang akan mengakibatkan hujan lebat sehingga berlaku banjir.

Senario berkenaan bukanlah perkara baharu dan persiapan rapi pada peringkat awal perlu dilaksanakan bagi menghadapi bencana itu.

Oleh itu, seramai 500 sukarelawan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah siap siaga menyertai Misi Bantuan Banjir dalam membantu mangsa banjir yang terkesan dengan musibah itu di seluruh negara.

Menurut Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak, sukarelawan terdiri daripada warga UMK akan melakukan beberapa penugasan semasa dan selepas banjir dengan bantuan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

"Rata-rata sukarelawan ini merupakan pelajar yang telah mengikuti aktiviti kokurikulum badan unit uniform di UMK dan mereka telah dilatih dan diberi tunjuk ajar untuk menghadapi sebarang bencana alam.

"Ini kerana salah satu teras dalam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah setiap universiti perlu bersama dengan komuniti masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut memberi rawatan kesihatan sekiranya diperlukan mangsa banjir serta mengadakan sesi kaunseling untuk menangani masalah dihadapi mereka.

Katanya, sukarelawan UMK bukan sahaja membantu mangsa banjir di Kelantan malah pernah terlibat dalam beberapa misi bantuan banjir di Pahang dan Selangor dengan memberi tumpuan kepada pemulihan pascabanjir.

Artikel berkaitan

Raih keuntungan RM5,000 pada 3 bulan pertama, kejayaan pelajar UMK ini cukup memberi inspirasi

Sukarelawan USM siap sedia misi bantuan banjir

7 peralatan penting untuk membersihkan kotoran akibat banjir


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok