Raih keuntungan RM5,000 pada 3 bulan pertama, kejayaan pelajar UMK ini cukup memberi inspirasib6f
Raih keuntungan RM5,000 pada 3 bulan pertama, kejayaan pelajar UMK ini cukup memberi inspirasib6f

Raih keuntungan RM5,000 pada 3 bulan pertama, kejayaan pelajar UMK ini cukup memberi inspirasi

Roshlawaty Md Raieh
17 Nov 2022 01:36pm
A
A
A

Kebelakangan ini, makin ramai usahawan muda yang terdiri daripada pelajar universiti telah berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Terbaharu, pelajar Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Mohamad Faheem Aqeel Mad Fadzil baru sahaja meraih keuntungan sebanyak RM5,000 pada tiga bulan pertama menerusi perniagaan FD Feedmills.

Menurut Mohamad Faheem Aqeel, syarikat FD Feedmills menjalankan perniagaan makanan haiwan ternakan seperti makanan ikan (pallet) yang diperbuat daripada sumber pertanian yang terbuang seperti hampas kacang soya.

“Penggunaan hampas kacang soya dalam pembuatan pallet ikan adalah sebahagian daripada inovasi terbaharu saya dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pallet komersial yang mahal,” ujarnya.

Sebahagian pemenang CDTP - Trailblazer Cup 2022 yang diumumkan, baru-baru ini.

Dek kejayaan luar biasa pelajar ini dalam mengusahakan FD Feedmills, baru-baru ini beliau diumumkan sebagai pemenang utama dalam Corporate Directors Training Program (CDTP) – Trailblazer Cup 2022.

Dengan kemenangan tersebut, Mohamad Faheem Aqeel menerima hadiah wang tunai RM1,500, sijil dan piala iringan.

Bagi tempat pertama CDTP - Trailblazer Cup 2022 pula, ia dimenangi pelajar Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, UMK, Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohamed yang menjalankan perniagaan Mee Sotong.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM1,000, sijil dan piala iringan.

Manakala penerima tempat kedua adalah pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK, Nor Jaidaa Jalilah Nozi yang membawa pulang hadiah RM500, sijil dan piala iringan.

CDTP-Trailblazer Cup 2022 anjuran Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI), UMK merupakan program keusahawanan di peringkat fakulti yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dunia keusahawanan.

Menurut Pengarah Kanan UMKEI, Profesor Madya Dr Mohd Nor Hakimin Yusoff, seramai 40 peserta yang terdiri daripada usahawan pelajar UMK menyertai program yang diadakan selama tiga hari di Hotel Crown Garden Kota Bharu, Kelantan.

Dalam program tersebut, penganjur telah membawakan beberapa penceramah hebat antaranya pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming untuk berkongsi ilmu keusahawanan yang dimilikinya.

Khairul Aming

Selain itu, CDTP - Trailblazer Cup 2022 turut menyediakan modul pengisian menarik kepada para peserta.

Dalam pada itu, Pengarah Centre for Entrepreneurship Education and Development (CEED), Dr Mohd Safwan Ghazali berkata, CDTP-Trailblazer Cup 2022 merupakan inisiatif mereka dalam menyediakan pengalaman dan pendedahan kepada usahawan muda UMK.

“CEED yakin pengisian program ini dapat memberi inspirasi dan anjakan paradigma yang baharu kepada semua usahawan.

“Ini kerana, perkongsian ilmu berkaitan penghasilan produk, idea perniagaan dan sebagainya mampu membantu usahawan UMK untuk terus mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan,” ujar Mohd Safwan.

Artikel berkaitan 

Pasangan kembar teruja lanjut pengajian bersama di UMK

Lulusan kejuruteraan raih RM50 ribu sebulan, berjaya cipta peluang pekerjaan dalam bidang pertanian

Ubah nasib keluarga dan keluar daripada kepompong kemiskinan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok