HomeIPTBuletin IPT6 Anugerah Khas Industri turut diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-17 UTeM

Artikel Berkaitan

6 Anugerah Khas Industri turut diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-17 UTeM

Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-17 tahun ini sangat bermakna apabila turut diserikan dengan penganugerahan enam Anugerah Khas Industri kepada enam graduan terpilih.

Anugerah Khas Industri merupakan salah satu kategori hadiah akademik yang berprestij sekaligus memberikan gambaran keteguhan hubungan strategik berimpak antara UTeM dan rangkaian industri di peringkat global.

Sehubungan itu ia turut merefleksikan bahawa graduan keluaran UTeM adalah bertepatan dengan kehendak semasa rangkaian industri peringkat dunia.

Tambahan pula ia turut selari dengan acuan kurikulum pengajian UTeM berlandaskan Revolusi Industri 4.0 serta sebagai peneraju Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tahap tinggi negara ini.

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM, Profesor Madya Ir Dr Md Nazri Othman berkata, tahun ini enam hadiah Anugerah Khas Industri telah disumbangkan oleh pihak industri strategik UTeM.

Jelasnya, pencapaian ini turut menzahirkan bahawa graduan UTeM terus menjadi buruan dan pilihan utama para majikan dalam sebarang situasi iklim ekonomi dan pertumbuhan industri dalam dan luar negara.

Tambahnya lagi, anugerah ini membuktikan UTeM mempunyai hubungan strategik dan erat bersama industri, antaranya adalah Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Xinyi Glass Holdings, Samsung SDI Energy (M) Sdn Bhd dan STMicroelectronics Sdn Bhd.

Baca juga 

Sukar nak pisahkan anak dengan gajet, Ustazah Aminah kongsi 6 tip menarik sebagai panduan

Akademik tumpu teknologi AI, tingkat kebolehpasaran graduan

Menyentuh tentang penerima anugerah industri ini, antara kriteria calon selain pencapaian akademik, turut melaksanakan Projek Sarjana Muda berkaitan dengan projek berimpak di syarikat berkenaan atau pernah mengikuti program pengambilan staf baru seperti latihan industri atau Program Aperantis Korporat atau kaedah biasa pengambilan staf di syarikat berkenaan.

Seterusnya pemilihan terakhir graduan turut dibuat oleh pihak industri bersama-sama pengesahan Jawatankuasa Tetap Senat Hadiah Akademik melalui senarai nama pelajar yang akan bergraduat yang telah disenarai pendek oleh pihak fakulti berdasarkan kriteria yang dicadangkan oleh pihak industri.

Sementara itu, enam Anugerah Khas Industri telah diberikan kepada enam graduan UTeM daripada pelbagai kursus.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Anugerah Kecemerlangan Infineon dianugerahkan kepada Tracy Yeo Hooi Yinn dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Anugerah Industri Infineon diberikan kepada Mohammad Zulhakimi Mahammad Nor dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer.

Manakala empat lagi anugerah adalah Anugerah Kecemerlangan Xinyi (Seah Booh Yun, Fakulti Kejuruteraan Elektrik), Anugerah Industri Xinyi (Muhammad Zaim Abd Wahap, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Anugerah Industri Samsung SDIEM (Muhammad Yazid Ibrahim, Fakulti Kejuruteraan Elektrik) dan Anugerah Industri STMicroelectronics dianugerahkan kepada Ahmad ‘Irfan Shaari dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.

Anugerah Khas Industri ini menjadi pemangkin kepada graduan UTeM untuk lebih berusaha bagi mendapatkan dan memastikan ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melebihi keperluan dan jangkaan industri.

Artikel Terkini