mikael-kristenson-3aVlWP-7bg8-unsplash
mikael-kristenson-3aVlWP-7bg8-unsplash

7 Universiti Terbaik Dunia Dalam Bidang Kejuruteraan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
06 Sep 2021 09:18am
A
A
A

Bidang Kejuruteraan adalah salah satu aliran sains yang sangat penting untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Ia menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk membentuk sesuatu objek atau proses.

Pengamal kejuruteraan profesional digelar sebagai jurutera. Bagi anda yang suka menyelesaikan masalah, bidang kejuruteraan adalah pilihan yang tepat untuk diterokai.

Bagi anda yang berminat untuk menceburi bidang kejuruteraan serta mahu melanjutkan pengajian dalam bidang ini, GPSBestari mahu membantu anda memilih universiti terbaik sebelum melanjutkan pengajian.

Berikut kami kongsikan kepada anda senarai tujuh buah universiti utama yang diiktiraf sebagai universiti terbaik dalam bidang kejuruteraan.

gambar hiasan


1. California Institute of Technology
California Institute of Technology pada asalnya dikenali sebagai Throop University pada tahun 1982. Pada tahun 1920, ia ditukar nama kepada California Institute of Technology. Caltech adalah salah satu universiti yang paling kecil di dunia tetapi berbangga dengan hasil inovasi yang dilakukan oleh mereka.

Seramai 34 orang bekas pelajarnya menerima Anugerah Nobel Laureates, 58 orang pula menerima National Medal of Science Recipients, 13 National Medal of Technology and Innovation Recipients dan 128 orang menerima anugerah National Academies Memberships.

2. Stanford University
Universiti ini terletak di Amerika Syarikat dan merupakan universiti yang berada di kedudukan ke-3 ranking universiti seluruh dunia.

Sepanjang penubuhannya, universiti ini sudah melahirkan lebih 30 orang jutawan, 17 angkasawan, 18 orang penerima Turing Awards (Anugerah yang diberikan oleh Association for Computing Machinery - ACM, kepada mereka yang berjasa dalam bidang perkomputeran) dan dua orang Fields Medal (Anugerah yang diberikan oleh International Congress of Mathematicians kepada mereka yang hebat dalam bidang itu).

3. University of Oxford
Universiti ini sememangnya terkenal di seluruh dunia dan merupakan universiti yang berada di ranking pertama dunia dan ranking ke-3 dalam bidang kejuruteraan. Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, terdapat lima kursus kejuruteraan yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Bio-Perubatan, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Maklumat dan Kejuruteraan Mekanikal.

Universiti ini telah melahirkan lebih 120 orang pemegang pingat Olimpik, 26 Pemenang Anugerah Nobel, tujuh Penyair Nobel dan lebih 30 orang pemimpin dunia antaranya adalah Bill Clinton, Aung San Suu Kyi, Indira Ghandi dan 26 orang Perdana Menteri United Kingdom.

gambar hiasan

4. Massachusetts Institute of Technology
Ditubuhkan pada 1861, MIT terbahagi kepada lima fakulti iaitu Perancangan dan Seni Bina, Kemanusiaan, Seni dan Sosial Sains serta Sains dan Pengurusan.

Sepanjang penubuhannya MIT telah berjaya melahirkan ramai individu bijak pandai yang menerima beberapa anugerah dunia antaranya 85 orang Nobel Laureates, 58 orang pemenang National Medal of Science, 29 orang penerima National Medal of Technology and Innovation dan 45 orang MacArthur Fellows.

5. University of Cambridge
Ditubuhkan pada tahun 1209, University of Cambridge adalah sebuah institusi penyelidikan awam. Universiti keempat tertua di dunia ini telah melahirkan lebih daripada 18,000 pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Hampir 4,000 pelajarnya adalah pelajar antarabangsa.

Terdapat 150 kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang terdiri lebih daripada 50 buah negara. Di samping itu, apa yang membanggakan lagi, seramai 92 staf akademiknya merupakan pemenang Anugerah Nobel dalam pelbagai kategori.

Jadi tentu sahaja anda teruja untuk menjadi salah seorang pelajar di bawah pemenang-pemenang Anugerah Nobel ini bukan?

6. Harvard University
Universiti Harvard ditubuhkan pada tahun 1936 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat selain dianggap sebagai salah satu yang paling berprestij di dunia. Ia dinamakan bersempena nama dermawan pertama iaitu John Harvard, yang meninggal dunia dan menyumbangkan separuh hartanya kepada institusi berkenaan pada tahun 1638.

Ahli fakulti Harvard yang telah dianugerahkan hadiah Nobel termasuklah ahli kimia Martin Karplus dan ekonomi Alvin Roth, manakala alumni cemerlang yang diberi penghormatan ialah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore yang memenangi Hadiah Keamanan pada tahun 2007, dan penyair Seamus Heaney yang merupakan seorang profesor di Harvard pada 1981 hingga 1997.

7. National University of Singapore
NUS mempunyai tiga Pusat Penyelidikan Kecemerlangan (RCE) dan 26 institusi penyelidikan di peringkat universiti dan pusat. Ia juga adalah rakan kongsi untuk RCE kelima Singapura. NUS terkenal dengan kekuatan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan, sains hayat dan bio-perubatan, sains sosial serta sains semula jadi.

Teras penyelidikan utama telah dilakukan baru-baru ini dalam beberapa bidang seperti teknologi kuantum, kanser dan translasi perubatan, media interaktif dan digital, alam sekitar dan air.

Universiti ini juga berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong serta inovatif bagi menggalakkan aktiviti perusahaan di negaranya. NUS terletak hanya di negara jiran kita Singapura.

Anda masih boleh menggapai impian anda untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti hebat dalam bidang kejuruteraan ini dengan memohon melanjutkan pengajian di NUS.


Sumber:madeinuitm.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok