WhatsApp Image 2022-12-09 at 10.10.33 AM
WhatsApp Image 2022-12-09 at 10.10.33 AM

9 pelajar UPSI layak ke saringan akhir Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022

Adlan Farhan Azwan
09 Dec 2022 11:08am
A
A
A

Sembilan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya melangkah ke saringan akhir Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 , Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, UPSI mendominasi anugerah berkenaan pada 2017 apabila lima pelajarnya berjaya memenangi Anugerah Tokoh Siswa dalam beberapa kategori.

“Penganugerahan Tokoh Siswa Kebangsaan menjadi idaman setiap pelajar kerana ia mencerminkan keupayaan universiti melahirkan graduan berfikiran kritis, inovatif, pintar dan mempunyai daya serta nilai kepimpinan yang tinggi dan berketerampilan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah paling berprestij dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam ketokohan berorganisasi serta penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Secara keseluruhannya, negara mencatatkan seramai 1.2 juta pelajar yang mengikuti pengajian di universiti awam (UA) dan juga swasta.

Daripada jumlah itu, ribuan pelajar telah memohon untuk anugerah tersebut, namun hanya tiga finalis dipilih untuk ke peringkat akhir bagi setiap kategori.

Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 akan diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dijangka berlangsung pada 17 Disember ini.

Pada masa sama, Md Amin berkata, pelajar UPSI yang bakal menjadi pendidik sentiasa berusaha memantapkan keupayaan kurikulum akademik, kokurikulum serta pelbagai kemahiran insaniah.

“Ia sebagai persiapan diri sebelum berjaya mendapatkan tempat dalam pasaran tenaga kerja sama ada di dalam mahupun luar negara yang penuh persaingan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelajar Fakulti Pembangunan Manusia yang berjaya untuk Kategori Kepimpinan Sukarelawan Kemanusiaan, Nur Naim Abdul Rehman meluahkan rasa syukur kerana berjaya ke tahap ini.

“Saya bersyukur berjaya sampai ke tahap ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah dan perlu menonjol dalam program yang mencorakkan kepemimpinan diri,” tambahnya.

Sejak 2019 lagi, Nur Naim sudah aktif dalam bidang kesukarelawanan bersama ResQ Team UPSI selaku presiden.

Bukan itu sahaja, dia juga telah dipilih sebagai Ikon Kepimpinan dan Sukarelawan anjuran Majlis Anak Johor atas usahanya sebagai pengasas bank makanan di luar kampus dan mengetuai 43 misi banjir sejak 2017.

Artikel berkaitan

Graduan UPSI jual lebih 17,000 buku tajwid tampung kos sara hidup semasa pengajian

Samuel Isaiah cipta sejarah, rakyat Malaysia pertama terima anugerah TRT World Citizen Educator Award

Anugerah Naib Canselor Sesi Akademik 2021/2022 UKM milik John Sebastian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok