AQILAH-KUPTM-SINARBESTARI-2022
AQILAH-KUPTM-SINARBESTARI-2022

Aqilah Najwa penerima anugerah Berlian KUPTM, rancang 'skrip' kehidupan rahsia kejayaan

nadzarul.amir
05 Nov 2022 02:54pm
A
A
A

Penerima anugerah Berlian Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM), Aqilah Najwa Badrul Nadzar sentiasa merancang jadual hidup ke hadapan sebagai resipi memperoleh kejayaan.

Graduan Bachelor of Arts (Hons) Applied English Language Studies berkata, perancangan rapi perlu dilakukan untuk memastikan 'skrip' kehidupan berada pada landasan terbaik.

Aqilah yang berusia 27 tahun itu, memberitahu, sepanjang melalui kehidupan tidak terkecuali akan berdepan dugaan dan cabaran.

"Bagaimanapun, kita perlu sentiasa bersedia dan tidak mengenal erti putus asa terutama dalam mengejar cita-cita serta kejayaan.

"Perancangan awal amat penting untuk memastikan sasaran dalam hidup dapat dikecapi," katanya selepas majlis Konvokesyen KUPTM ke-6 di dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Seramai 4,704 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil profesional dalam majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) ke-38 serta KUPTM ke-6 bermula hari ini sehingga 7 November depan.

Ia melibatkan 1,384 graduan KUPTM manakala KPTM sebanyak 3,320 graduan daripada pelbagai program pengajian.

Dalam majlis berkenaan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf telah menyampaikan skrol-skrol kepada para graduan.

Hadir sama Naib Canselor KUPTM, Profesor Dr Abdul Rahim Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Aqilah berkata, dia tidak sangka dinobatkan sebagai penerima anugerah Berlian KUPTM pada majlis Konvokesyen KUPTM ke-6 tersebut.

"Saya sangat bersyukur kerana doa ayah dan ibu sentiasa mengiringi sepanjang melanjutkan pengajian selama empat tahun.

"Ini merupakan 'hadiah' kepada mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya mengecapi kejayaan dalam kehidupan," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.

Aqilah yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata, dia akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Malaya pada tahun hadapan.

Artikel berkaitan

4 alumni KUPTMKL terima anugerah ikon

Sentuhan karya grafiti guru ini cukup luar biasa

39 pelajar KUPTMKL Program ACCA sambung pengajian di Ireland


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok