Buku karya 2 pensyarah tarik perhatian juri, diumum tempat pertama simposium peringkat kebangsaan 2022
Buku karya 2 pensyarah tarik perhatian juri, diumum tempat pertama simposium peringkat kebangsaan 2022

Buku karya 2 pensyarah tarik perhatian juri, diumum tempat pertama simposium peringkat kebangsaan 2022

Roshlawaty Md Raieh
27 Oct 2022 04:34pm
A
A
A

Dua pensyarah kanan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, diumum pemenang tempat pertama kategori pensyarah menerusi Simposium Amalan Terbaik Pedagogi Amalan Profesional Peringkat Kebangsaan 2022, baru-baru ini.

Norani Abd Rahim dan Dr Madinah Mohd Yusof memenangi kategori tersebut menerusi penghasilan bersama buku bertajuk ‘33 Teknik Amalan Penyampaian Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang’.

Hasil kejayaan itu, kedua-duanya menerima hadiah berupa wang tunai RM400 dan sijil penghargaan.

Pengumuman mengenainya dibuat menerusi laman Facebook, Institut Pendidikan Guru KPM - Rasmi, pada Jumaat.

Simposium yang bertemakan ‘Pendidik Kreatif Penjana Generasi Unggul’ diadakan secara dalam talian dan dianjurkan oleh Unit Praktikum meliputi empat Rakan Senergi IPG .

Rakan Sinergi IPG itu terdiri daripada IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor: IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor; IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan dan IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Akademik IPG Malaysia (IPGM).

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu pensyarah, ketua unit praktikum dan pelajar.

Sementara itu, objektif simposium adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang teknik, strategi dan kaedah pengajaran serta pembelajaran yang lebih bermakna.

Selain itu ia turut meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pensyarah, ketua unit praktikum dan pelajar untuk melaksanakan sesuatu yang baharu (video yang bermaklumat dan mendidik).

Pada masa yang sama, tujuan penganjuran simposium ini juga untuk melahirkan pensyarah dan bakal guru yang kreatif bagi menentukan kaedah pengajaran dan mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang bersesuaian serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pembangunan produk multimedia.

Sinar Bestari ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih dalam simposium berkenaan.

Semoga anda akan terus berjaya di masa akan datang.

INFO

Senarai pemenang mengikut kategori

Kategori Pensyarah

1) Tempat Pertama - Norani Abd Rahim dan Dr Madinah Mohd Yusof (IPG Kampus Ilmu Khas)

2) Tempat Kedua - Mohd Zain Badui, Dr Wan Noor Siah Wan Abdullah, Norliza Samin, Dr Noraishah Yusof dan Sallehudin Ibrahim (IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

3) Tempat Ketiga - Zaimah Abdullah (IPG Kampus Darul Aman, Kedah)

Kategori Ketua Unit Praktikum

1) Tempat Pertama – Norliza Samin dan Dr Mohamad Asmadi Samdin (IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan IPG Kampus Tun Hussein Onn)

2) Tempat Kedua - Mohamed Lazim Mansor (IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan)

3) Tempat Ketiga - Inurni Sati (IPG Kampus Kent, Sabah)

Kategori Pelajar

1) Tempat Pertama - Siti Nadirah Abu Samah (IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

2) Tempat Kedua - Team Adma (Hairul Shuib Khairul Azizi, Nurul Syafi Fatin Hamdan dan Muhammad Haziq Aiman Mohd Yusri, IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

3) Tempat Ketiga - Nur Husnina Md Isa (IPG Kampus Darul Aman)

4) Tempat Keempat - Sree Gowri Ramesh (IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

5) Tempat Kelima - Nur Hamizah Md Kassim (IPG Kampus Darul Aman)

6) Tempat Keenam - Nurlisa Wasin (IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak)

Artikel berkaitan 

Pensyarah IPG ini dedah 3 WOW capai PdPc bermakna

3 pensyarah UPM terima pengiktirafan Top Research Scientist Malaysia 2022

Pengacaraan sudah sebati dalam diri, Cikgu Ahmad Baqi asah bakat sejak di IPG


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok