MUNYEE-SARJANA-SINARBESTARI-2022
MUNYEE-SARJANA-SINARBESTARI-2022

15 tahun pengajian di UPM, Mun Yee capai impian genggam ijazah sarjana

nadzarul.amir
28 Nov 2022 02:21pm
A
A
A

"Perlu pandai membahagikan masa untuk berjaya dalam sukan dan pelajaran"

Ringkas pesanan bekas atlet terjun negara, Datuk Leong Mun Yee yang berjaya menggenggam ijazah Sarjana Komunikasi Korporat pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, UPM, Selangor baru-baru ini.

Mun Yee memberitahu, perjalanan pengajian di UPM tidak seperti graduan lain kerana perlu membahagikan masa dalam pelajaran dan perjuangan demi negara.

"Saya mengambil masa selama 10 tahun menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda dan lima tahun untuk Sarjana.

"Cabaran perlu ditempuhi sepanjang pengajian adalah saya perlu mengambil kredit yang kurang berbanding para penuntut lain menyebabkan tempoh pengajian agak panjang," katanya kepada Sinar Bestari.

Bagaimanapun, ia bukan penghalang kepada bekas atlet yang mencurah keringat selama 27 tahun mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia untuk menggapai impian.

Bekas atlet jelita berusia 37 tahun itu menjelaskan, beliau tetap berbangga dan sangat gembira kerana berjaya meraih kejayaan menggenggam skrol ijazah Sarjana tersebut.

Sepanjang kerjayanya, Mun Yee meraih pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa termasuk menyumbang 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa dalam penyertaan di Sukan Sea.

Beliau turut memenangi satu perak dan dua gangsa di Sukan Komanwel manakala meraih dua perak dan lima gangsa sepanjang penyertaan di Sukan Asia.

Mun Yee yang berasal dari Ipoh, Perak tidak ketinggalan melakar nama sebagai pemenang pingat perak dan dua gangsa pada Kejohanan Terjun Dunia FINA dan satu perak di Piala Dunia FINA.

Beliau juga membuat penampilan sebanyak lima kali di pentas Sukan Olimpik bermula di Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020.

“Jika diberi peluang, saya ingin menyambung pengajian dalam bidang psikologi sukan pada masa akan datang,” katanya yang berkhidmat sebagai jurulatih skuad terjun kebangsaan.

Artikel berkaitan

UPM perkasa EKSA, tingkat kualiti dan perkhidmatan

Penyelidik UPM terima Pingat Saintis Muda Polar

Kreatif! Pelajar MIDI UPM tonjol kreativiti reka bentuk perindustrian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok