UPM-EKSA-SINARBESTARI-04112022
UPM-EKSA-SINARBESTARI-04112022

UPM perkasa EKSA, tingkat kualiti dan perkhidmatan

nadzarul.amir
04 Nov 2022 10:03am
A
A
A

Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkasakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam usaha meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

Ia sejajar dengan prestasi UPM yang telah diletakkan dalam kedudukan terbaik di Malaysia dalam UI Green Metric sekali gus mengekalkan reputasi sebagai universiti paling lestari.

Dengan moto ‘Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti’ di peringkat UPM, EKSA merupakan salah satu daripada kriteria penilaian penarafan bintang bagi sesebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Menurut kenyataan media UPM, pelaksanaan EKSA di PTJ UPM melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan yang berterusan.

“Selain itu, melalui amalan EKSA, peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan juga dapat dipertingkatkan dengan pengendalian urusan di kaunter lebih pantas, cepat dan selamat.

“Kejayaan amalan ini bergantung kepada penglibatan pihak pengurusan sebagai pendorong serta kerjasama dan komitmen semua warga organisasi,” katanya.

Menyatakan komitmen yang tinggi menerusi visi dan misi, PTJ dan Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) komited dengan pengamalan EKSA bermula Februari lalu.

Pengarah ARCUPM merangkap Penaung EKSA ARCUPM, Profesor Madya Dr. Arba’ie Sujud menekankan penerapan imej korporat dengan mengutamakan suasana persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, selamat serta sistematik akan meningkatkan lagi visibiliti dan imej ARCUPM.

“Pembudayaan EKSA di ARCUPM terus diperkemaskan dengan penubuhan Jawatankuasa Utama EKSA iaitu Jawatankuasa Promosi, Jawatankuasa Latihan dan juga Jawatankuasa Audit.

“Kesemua jawatankuasa ini mempunyai skop tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam mengukuhkan pembudayaan, pengamalan dan pemantapan EKSA di ARCUPM,” ujar kenyataan itu lagi.

Secara umum, EKSA dilihat bukan sahaja sebagai platform memperkasa sektor awam semata-mata tetapi pembudayaan EKSA dapat memupuk nilai murni, kesepakatan dan keseragaman dalam budaya kerja.

Artikel berkaitan

Sekolah Perniagaan Malaysia UPM terima akreditasi EQUIS

Penyelidik UPM terima Pingat Saintis Muda Polar

Penyelidik UPM guna teknologi retort bagi inovasi sos labu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok