Bantuan zakat Pulau Pinang dibuka kepada semua penuntut IPT diploma ijazah sarjana dan PhD
Bantuan zakat Pulau Pinang dibuka kepada semua penuntut IPT diploma ijazah sarjana dan PhD

Bantuan zakat pendidikan Pulau Pinang dibuka, pelajar diploma hingga PhD mohon sebelum 22 April depan

Rasyidah Zulkifi
25 Mar 2022 09:10am
A
A
A

Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membuka tawaran Bantuan Dermasiswa Pengajian 2022 kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan, baru-baru ini.

Permohonan dibuka kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang tersenarai dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Baca juga

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal negeri Perak kepada pelajar sekolah menengah sudah dibuka!

UMT terima sumbangan zakat RM1.3 juta, manfaatkan 2,279 pelajar asnaf

Calon berkelayakan di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) boleh mendapatkan agihan zakat pendidikan tersebut.

Mereka hendaklah memenuhi syarat-syarat termasuk beragama Islam, warganegara Malaysia atau pemegang kad pemastautin tetap (PR) dan pemohon mestilah bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya tiga bulan.

Calon mestilah tidak mendapat tajaan pembiayaan dari mana-mana pihak, namun, penerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Pulau Pinang dibenarkan mendapatkan dermasiswa tersebut.

Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran dan ia dibuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja.

Kaedah dan cara permohonan

Pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.zakatpenang2u.com.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 April depan.

Borang hendaklah diisi atas nama ketua keluarga dan pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPT seperti surat tawaran.

Pendaftaran akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun mengikut sesi kemasukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG diputuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai fakir atau miskin, bukan kepada waris.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian 04-5498125 atau e-mel ke dermasiswa@zakatpenang.com.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok