Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal negeri Perak kepada pelajar sekolah menengah sudah dibuka
Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal negeri Perak kepada pelajar sekolah menengah sudah dibuka

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal negeri Perak kepada pelajar sekolah menengah sudah dibuka!

Rasyidah Zulkifi
23 Mar 2022 09:31am
A
A
A

Bagi rakyat negeri Perak yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah boleh mendapatkan bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Ini kerana MAIPk membuka tawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 kepada calon yang berkelayakan, baru-baru ini.

Baca juga

Mohon biasiswa penuh sebelum 31 Mac ini, peluang dapat 4 elaun sekaligus

Permohonan biasiswa sains tulen MyBrainsSc kini dibuka, tarikh tutup 14 April

Syarat-syarat permohonan tertakluk kepada mereka yang berada di Tingkatan Empat atau Lima sesi persekolahan 2022, memperoleh pencapaian 6A dalam Penilaian Akhir Tahun dan berlatarbelakangkan keluarga asnaf, fakir dan miskin.

Bagi pelajar yang terpilih menerima agihan zakat ini, mereka akan mendapat beberapa kelebihan seperti biasiswa tahunan, mengikuti tuisyen tajaan MAIPk dan berpeluang menyertai program-program kecemerlangan.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah kad pengenalan pemohon, ibu bapa, slip gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa dan salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah.

Sekiranya pelajar berminat, boleh muat turun borang secara dalam talian melalui laman sesawang https://www.maiamp.gov.my/ sebelum 15 April depan.

Borang yang lengkap diisi mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen penting untuk dihantar ke pejabat pentadbiran MAIPk.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Alternatif lain, pemohon dikehendaki pos ke alamat Unit Pembangunan Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Unit Pendidikan di talian 019-5711383.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok