Biasiswa wanita berdaya selangor WBS diploma degree master phd
Biasiswa wanita berdaya selangor WBS diploma degree master phd

Biasiswa wanita Selangor dibuka kepada umum, mohon sebelum 15 Mac

Rasyidah Zulkifi
08 Mar 2022 01:02pm
A
A
A

Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah pun dibuka baru-baru ini.

Calon boleh membuat permohonan di laman sesawang https://www.wbselangor.com.my/biasiswa-wanita-berdaya-selangor/ sebelum tarikh tutup pada 15 Mac ini.

Baca juga

Mohon biasiswa penuh sebelum 31 Mac ini, peluang dapat 4 elaun sekaligus

Enam pelajar terima Anugerah Kecemerlangan Biasiswa daripada MCKL

WBS merupakan gagasan kerajaan Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).

Ia dilihat selaras dengan Titik Tumpuan 3 - Kepimpinan dan Perwakilan Dasar Wanita Selangor bagi memartabatkan kaum perempuan.

Biasiswa ini telah dilancarkan sejak tahun 2021 oleh Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

WBS bermatlamat menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah sains politik, sumber manusia, perniagaan, pemasaran dan pengurusan.

WBS juga menawarkan biaya pengajian tinggi bermula peringkat diploma sehingga ke Doktor Falsafah (PhD).

Kategori kelayakan pemohon termasuk orang awam dan alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW).

Bagi orang awam, calon mestilah warganegara Malaysia, lahir atau bermastautin di Selangor lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di negeri itu, berumur 21 tahun hingga 40 tahun, aktif dalam kerja kemasyarakatan dan memenuhi syarat kursus yang ingin dipohon.

Bagi alumni pula, calon mestilah berumur 21 tahun hingga 40 tahun, mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian, telah bergraduasi dan memenuhi syarat kursus yang ingin dipohon.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Permohonan dibuka untuk ambilan kemasukan bulan Mei 2022 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 03-55454879 atau e-mel admin@wbselangor.com.my.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok