272091213_10159899539141276_5963807752262597107_n
272091213_10159899539141276_5963807752262597107_n

Enam pelajar terima Anugerah Kecemerlangan Biasiswa daripada MCKL

Adlan Farhan Azwan
20 Jan 2022 11:40am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam pelajar prauniversiti menerima Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) 2022 di kampusnya di Brickfields di sini pada Jumaat.

MCKL dalam kenyataan memaklumkan mereka ialah Marissa Haley, Mok Yen Qin, Wong Yue Qing, Tiffany Chiu Ke Sheun, Vanessa Chong Yi Wen dan Jonah Yip Mathivanan yang merupakan kumpulan pertama penerima anugerah sulung itu yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MCKL Angela Pok.

Mok, 18, yang mendapat 2A* dan 6A untuk Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE) berkata, anugerah itu merupakan hadiah bermakna buatnya untuk membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kerana pandemik Covid-19 telah menjejaskan pendapatan mereka hampir dua tahun.

Baca juga Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka hari ini

Baca juga 331 pelajar Malaysia raih Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge siri Jun 2021! Anak muda kita memang luar biasa

“Saya benar-benar terkejut ketika dihubungi mengenai penerimaan anugerah itu pada malam Krismas,” katanya.

Seorang lagi penerima anugerah biasiswa itu, Wong, 17, dari Sekolah Antarabangsa Sri Emas yang meraih 5A* dan 3A untuk peperiksaan IGCSE kini melanjutkan pelajaran dalam program A-Level Cambridge berkata, anugerah itu merupakan pencapaian yang luar biasa buatnya.

“Ini kerana saya merasakan beban yang dipikul telah terlepas berikutan perniagaan restoran bapa saya dan pendapatannya terjejas teruk akibat pandemik,” katanya.

Sementara itu, Pok dalam ucapannya pada majlis penyampaian anugerah itu berkata, selaras dengan falsafah pendidikan Methodist, Anugerah Kecemerlangan Biasiswa MCKL ini diwujudkan untuk menyediakan pelajar akses kepada pendidikan berkualiti bagi mencapai aspirasi mereka.

“Kami gembira kerana biasiswa ini akan membantu ramai pelajar dan keluarga mereka pada tahun-tahun akan datang kerana pandemik dan isu ekonomi lain telah menjejaskan individu untuk menyambung pengajian dan mencapai kerjaya impian mereka,” katanya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Mula diperkenalkan pada hujung 2021, Anugerah Kecemerlangan Biasiswa MCKL diadakan bagi menyediakan bantuan kewangan dan membantu keluarga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta membuktikan diri mereka sebagai contoh teladan untuk mendapat akses kepada program prauniversiti dan pengajian siswazah yang berkualiti.

Semua pelajar lepasan SPM dan IGCSE yang menepati kriteria dan ingin mendaftar untuk pengambilan akan datang bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Biasiswa MCKL 2022 itu. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok