Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika, bakal berada di sana selama 5 bulan
Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika, bakal berada di sana selama 5 bulan

Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika, bakal berada di sana selama 5 bulan

Roshlawaty Md Raieh
02 Nov 2022 02:06pm
A
A
A

Pensyarah, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Justin Sentian menjadi penyelidik pertama Malaysia yang akan menjalankan kajian di Antartika ketika musim sejuk bermula April 2023.

Beliau menerima One-off Overwinter Research Grant 2022 bernilai RM149,360 sempena sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), baru-baru ini.

Menurut kenyataan YPASM, Justin akan mengadakan kajian untuk terus memahami proses perubahan iklim bertajuk ‘Tropospheric Ozone and Halocarbons Variations in the Antarctic Peninsula Under Extreme Weather Conditions’ dan penyelidikan tersebut akan diadakan dengan kerjasama organisasi Instituto Antartico Chileno dan negara Chile.

“Justin akan menjadi rakyat Malaysia pertama berkunjung dan tinggal di Antartika selama lima bulan bermula April tahun depan.

“YPASM berhasrat untuk merekodkan kejayaan ini dalam ‘Malaysia World Book Of Record’ setelah beliau pulang kelak,” kata kenyataan itu lagi yang dimuat naik melalui Facebook rasmi YPASM.

Hantaran tersebut turut memuat naik bersama foto penyerahan baju overwinter yang disampaikan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPASM, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Justin pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Kesepuluh Penubuhan YPASM di Kuala Lumpur, 18 Oktober lalu.

INFO

  • Antartika merupakan benua kelima terbesar selepas benua Asia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Hampir 90 peratus daripada ais bumi boleh didapati di Antartika dan hanya lebih kurang 0.34 peratus daripada kawasan benua itu tidak diliputi salji.
  • Benua Antartika merupakan satu-satunya benua yang tidak mempunyai kerajaan. Yang ada hanyalah beberapa negara yang cuba membuat tuntutan wilayah dan kedaulatan ke atas kawasan tersebut, namun kesahihan tuntutan tersebut masih lagi samar.
  • Pada 1961, terdapat beberapa negara membentuk Antarctic Treaty System (ATS) untuk menguruskan benua yang kaya dengan biodiversiti itu.

Artikel berkaitan 

Bahana mengejar KPI, kompetensi dan profesionalisme pensyarah terjejas

"Bukan kerana saya bijak tetapi kerana berkat ibu bapa" pengakuan pensyarah lengkap tesis PhD 3 bulan

Graduan UiTM terima Anugerah Khas, keluarga dan pensyarah pembakar semangat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok