pengarah program
pengarah program

Kejohanan Karate-do Piala Naib Canselor UniMAP 2022 catat rekod

Rasyidah Zulkifi
27 Jan 2022 10:52am
A
A
A

KANGAR - Kejohanan Karate-do Piala Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merekodkan sebanyak 105 penyertaan daripada kelab-kelab dan Majlis Sukan Negeri seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Perlis di Kejohanan Transformasi Komuniti (UTC) Kangar, Perlis baru-baru ini.

Jurulatih Karate-do UniMAP, Ahmad Tajudin Bahrin berkata, sebanyak 40 acara dipertandingkan mengikut kategori usia peserta bermula dari lima hingga 18 tahun.

Menurutnya, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) turut menyertai kejohanan tersebut sebagai percubaan pertama mereka sebelum menghadapi perlawanan sebenar SUKMA 2022 pada Julai dan Ogos akan datang.

Baca juga: Pelajar UniMAP raih naib johan Cabaran Niaga Francais 2021

Baca juga: Graduan UniMAP perlu bersedia hadapi teknologi baharu

Tambahnya, objektif UniMAP mengadakan kejohanan ini bagi mencari dan memilih bakat baharu atlet karate-do universiti bagi persediaan menghadapi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT).

Hadir sama, Pengarah kejohanan, Ruzainah Bastarah.

Pada masa sama, Naib Canselor UniMAP, Profesor Dr Zaliman Sauli berkata Kelab Karate-do UniMAP mula ditubuhkan pada 2015 dan sukan itu mula bergiat aktif pada 2016.

“Pandemik Covid-19 masih belum berakhir menyebabkan semua pihak mencari inisiatif bagi mengadakan kejohanan-kejohanan sukan walaupun memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Justeru, saya percaya penganjuran Kejohanan Karate-do Piala Naib Canselor UniMAP 2022 ini menjadi pemangkin semangat kepada atlet-atlet untuk memberi persembahan terbaik sekali gus menyumbang kepada pelapis atlet karate-do negara selepas hanya mampu berlatih secara dalam talian selama dua tahun,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok