230821-buletin
230821-buletin

Graduan UniMAP perlu bersedia hadapi teknologi baharu

Mariatul Qatiah Zakaria
24 Aug 2021 02:56pm
A
A
A

Kangar - Graduan kejuruteraan khususnya daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disaran bersedia bagi menghadapi dunia pekerjaan dengan berbekalkan kemahiran dan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut Pakar Fizik, Universiti Illinois, Amerika Syarikat, Prof Emeritus Anthony James Leggett, persediaan awal perlu dilakukan kerana mereka tidak seharusnya bergantung kepada idea dan teori popular yang berlaku semata-mata.

Tambah beliau, selain itu, graduan yang bakal meneroka dunia baharu juga perlu mempunyai fikiran terbuka dan jati diri yang kuat.

“Persiapan perlu dilakukan awal supaya kesemua graduan kejuruteraan UniMAP kekal berdaya saing dalam kebolehpasaran semasa.

“Gabungan kemahiran, pembelajaran sepanjang hayat, fikiran terbuka dan jati diri pastinya akan membuahkan hasil, walaupun dalam keadaan melawan arus,” katanya pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kemajuan Bahan, Pembuatan dan Peranti 2021 (ICAMaDe) anjuran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Bahan Termaju (FrontMate) UniMAP secara maya baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Silterra, Dr. Kader Ibrahim berkata, antara bidang tujahan kebolehpasaran yang telah dikenal pasti pihaknya adalah kepintaran buatan (AI), komunikasi 5G, kenderaan berpandu-sendiri (AV), internet kebendaan (IOT) dan sains biologi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan graduan menjadi lebih kreatif dalam menambah baik sesuatu proses, peralatan atau pengunaan serta meningkatkan hasil dan keboleharapan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok