Mahasiswa perlu cemerlang akademik dan akhlak
Mahasiswa perlu cemerlang akademik dan akhlak

Mahasiswa perlu cemerlang akademik dan akhlak

Roshlawaty Md Raieh
19 Jan 2023 12:29pm
A
A
A

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan antara universiti yang menekankan aspek keperibadian mahasiswa mereka.

Menurut Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Profesor Dr Norkhalid Salimin, aspek keperibadian pelajar sangat penting terutamanya ketika mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak.

“Selain cemerlang akademik, golongan mahasiswa ini perlu cemerlang akhlak jika mahu berjaya.

“Ini kerana, kecemerlangan akademik sahaja akan menjadi tidak bermakna sekiranya tidak memiliki akhlak yang terpuji dan dihormati masyarakat apabila berkhidmat dalam mana-mana organisasi,” ujarnya ketika merasmikan Forum Hijrah Anak Muda ‘Pimpin Aku Ke Syurga’, di Masjid Al- Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, baru-baru ini.

Forum tersebut dikendalikan moderator, Muhammad Zul Fikri Sallehuddin yang merupakan mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2021/2022 manakala barisan panel terdiri daripada Pencetus Ummah, Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan dan juara Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Muhammad Hafiz Mohamed Din.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Profesor Madya Dr Mohd Izwan Shahril dan turut disertai lebih 400 mahasiswa.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UPSI, Tarmizi Abdul Rahman berkata, forum tersebut merupakan program julung kali diadakan membabitkan kerjasama Pusat Islam, persatuan pelajar dan kolej kediaman.

“Walaupun forum ini baru sahaja diadakan, namun saya sangat gembira kerana ia berjaya menarik 400 mahasiswa untuk datang.

“Insya-ALLAH, kita akan mengadakan lagi program sebegini dalam skala besar agar ia memberikan impak positif kepada peserta,” jelasnya.

Artikel berkaitan 

Amir Izwan dinobat Tokoh Siswa UPSI 2021

Masa depan ragbi wanita UPSI dan UM cerah

KPM umum Sesi Persekolahan 2023/2024 baharu bermula 19 dan 20 Mac depan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok