HomeBuletinKPM umum Sesi Persekolahan 2023/2024 baharu bermula 19 dan 20 Mac depan

KPM umum Sesi Persekolahan 2023/2024 baharu bermula 19 dan 20 Mac depan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 mengumumkan sesi persekolahan baharu akan bermula Mac depan mengikut kumpulan sekolah masing-masing.

Berdasarkan pengumuman tersebut, sekolah-sekolah yang tergolong dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 19 Mac iaitu pada Ahad.

Manakala bagi Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bermula 20 Mac iaitu pada Isnin.

Dalam Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 itu juga, turut dinyatakan tarikh Cuti Pertengahan Penggal 1 yang akan bermula 21 hingga 29 April (sembilan hari) bagi Kumpulan A manakala bagi Kumpulan B pula, Cuti Pertengahan Penggal 1 mereka akan berlangsung 22 hingga 30 April nanti.

Dalam pada itu, KPM turut memperuntukkan Cuti Perayaan Sesi 2023/2024 kepada semua.

Cuti Perayaan tersebut terdiri daripada

1) Hari Raya Aidilfitri – 22 dan 23 April 2023

2) Hari Raya Aidiladha – 29 Jun 2023

3) Hari Deepavali – 12 November 2023

4) Hari Krismas – 25 Disember 2023

5) Tahun Baru Cina – 10 dan 11 Februari 2024

Dengan pengumuman penting ini, Sinar Bestari berharap guru, ibu bapa, penjaga dan para pelajar dapat membuat persediaan dengan rapi bagi persiapan keperluan barangan sekolah dan perkara-perkara yang berkaitan.

Artikel berkaitan

Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

KPM peruntuk 1 hari cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina

7 teras utama jadi tumpuan KPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok