Wan Arash Azzazi contoh felo perdana nancy shukri motac
Wan Arash Azzazi contoh felo perdana nancy shukri motac

Mohon segera Program Felo Perdana dan Felo Korporat

Rasyidah Zulkifi
04 Mar 2022 10:13am
A
A
A

PUTRAJAYA - Permohonan Program Felo Perdana dan Felo Korporat anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah mula dibuka.

Dalam satu kenyataan, KBS menyeru belia universiti yang berumur 18 hingga 30 tahun bagi membuat pendaftaran secara dalam talian sehingga 31 Mac ini.

Baca juga

Asah bakat kepimpinan sejak bangku sekolah, kisah pemuda ini boleh dicontohi

MPP UTHM sesi 2021/2022 terima watikah pelantikan, teruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu

“Program berprestij ini terbuka kepada siswa yang sedang belajar dari mana-mana institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau luar negara.

“Graduan bagi peringkat Ijazah Pertama yang telah tamat pengajian juga boleh memohon,” tulis kenyataan tersebut.

Peserta berpeluang mendapatkan elaun bermula dari RM1,000 sehingga RM2,000 sepanjang tempoh bekerja sementara.

“Siswa akan menjadi mentee bermula tempoh minimum enam minggu sehingga tiga bulan.

“Graduan pula berkhidmat selama tiga bulan sehingga enam bulan,” katanya.

Penyertaan boleh dibuat melalui pautan http://myfelo.kbs.gov.my/.

Calon hendaklah mengemaskini resume terkini, memuat naik gambar berukuran passport dan mengarang esei tidak melebihi 500 patah perkataan.

“Tema esei adalah - Apakah pandangan anda mengenai pelaksanaan #Undi18?".

“Setiap karangan hendaklah merupakan idea sendiri, hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan bercetak. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima,” rujuk kenyataan itu.

Dalam pada itu, calon yang terlibat dalam program tersebut akan menduduki ujian psikometrik yang dijadualkan berjalan pada bulan April 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Pihak Sekretariat Felo akan menghantar link ujian tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem myfelo.

“Kami ingin mendapatkan kerjasama para pemohon untuk sentiasa menyemak e-mel anda,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok