download (4)
download (4)

MPP UTHM sesi 2021/2022 terima watikah pelantikan, teruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu

Adlan Farhan Azwan
17 Feb 2022 03:59pm
A
A
A

Batu Pahat – Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi, pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2021/2022.

Sehubungan itu, satu Majlis Watikah Pelantikan MPP sesi 2021/2022 dan Penyampaian Sijil Penghargaan Pelajar telah diadakan di Batu Pahat pada 12 Februari lalu.

Majlis ini bertujuan untuk menyerahkan watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan MPP yang baharu sahaja dipilih menerusi proses pemilihan yang diadakan pada 12 Januari 2022.

Baca juga

UTHM sedia terima 13,000 pelajar kembali ke kampus

Calon Fakulti Sains dan Matematik kuasai kerusi umum pemilihan MPP UPSI 2021/2022

Seramai 10,138 pelajar iaitu 63.36 peratus daripada keseluruhan 16,330 pelajar yang layak telah mengundi secara dalam talian bagi memilih calon pemimpin pelajar yang layak untuk sesi 2021/2022.

Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi, pelajar dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2021/2022.

Pemilihan MPP kali ini menyaksikan 73 calon telah bertanding untuk merebut 34 buah kerusi, yang mana sembilan kerusi adalah bagi kerusi umum dan 25 lagi membabitkan kerusi fakulti.

Kesemua kerusi yang dipertandingkan meliputi kampus induk Parit Raja dan kampus cawangan Pagoh.

Sementara itu, Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts Dr Wahid Razzaly berharap barisan MPP UTHM sesi 2021/2022 dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan sebelumnya, sekali gus mampu mengukir kejayaan yang lebih bermakna buat universiti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Ini kerana mereka merupakan mata dan telinga pihak pengurusan universiti terutamanya dari segi kebajikan dan kesejahteraan pelajar serta perlu bersama-sama terlibat dalam urus tadbir universiti (co-manage),” katanya ketika berucap pada majlis watikah pelantikan MPP UTHM bagi sesi 2021/2022.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM, Profesor Madya Sr Ts Dr Lokman Hakim Ismail dan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Haszrinaz Husain @ Hashim.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada kumpulan Tarian Irwana Tari gabungan bersama Alumni UTHM dan QustiQ Buskers bersama staf Pusat Kebudayaan UTHM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok