Pic 3
Pic 3

MSU College Sarawak anjur program jalinan komuniti

Norliza Wasilan
20 Aug 2022 10:36am
A
A
A

Bagi merapatkan hubungan antara warga kolej dan komuniti luar kampus, MSU College Sarawak mengambil inisiatif menganjurkan program jalinan komuniti MSU My City My Community 2022.

Program yang diadakan di Kuching Waterfront baru-baru ini memfokuskan lima aktiviti utama iaitu MSU My City, MSU My Race, MSU My Care, MSU My Fit dan MSU My Step Up.

MSU dalam kenyataannya menyatakan, program mendapat sokongan padu Majlis Bandaraya Kuching Utara itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang terbabit.

“Usaha berterusan pihak kolej dengan mempelbagaikan aktiviti berteraskan kesukarelawan dan jalinan komuniti diharap dapat menggalakkan penyertaan pelajar.

“Pada masa sama ia diharap dapat memperkasakan kemahiran pelajar dan meningkatkan kebolehpasaran mereka,” ujarnya seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Program berkenaan disempurnakan Presiden Management and Science University (MSU), Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Kolej itu dalam kenyataannya turut menyatakan bahawa menerusi MSU My City, pelajar bekerjasama mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar selaras dengan usaha menyokong kempen reduce, reuse, recycle atau 3R.

MSU My Race pula membabitkan penyertaan 100 pelajar daripada sembilan sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Seri Setia; SMK Tun Abdul Razak; SMK Agama Tun Ahmad Zaidi; SMK Bandar Samariang; SMK Sains Kuching Utara; SMK Kota Samarahan; SMK Muara Tuang; SMK Wira Penrissen dan SMK Green Road.

Selain itu, MSU My Care pula memberi fokus kepada penyampaian sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada 60 keluarga kategori B40 membabitkan 20 kampung sekitar Kuching.

Mengenai MSU My Fit pula, ia membabitkan aktiviti larian amal sejauh tiga kilometer yang disertai warga kolej, Persatuan Autisme Malaysia dan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM).

MSU My Step Up pula merujuk kepada aktiviti senamrobik dan zumba bersama anggota Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia cawangan Sarawak

Artikel berkaitan

MSU buka peluang kerja, lanjutkan pengajian

Kolaborasi MSU dan UEDA College of Fashion, lahir bakat pereka fesyen muda

Sukarelawan MSU tunai tanggungjawab, hulur 200 kotak bantuan untuk B40


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok