HomeIPTBuletin IPTMSU buka peluang kerja, lanjutkan pengajian

MSU buka peluang kerja, lanjutkan pengajian

SHAH ALAM – Lebih 2,000 peluang pekerjaan di lebih 100 organisasi terkemuka ditawarkan kepada graduan dan pelajar tahun akhir Management & Science University (MSU) serta orang ramai melalui MSU Career and Lifelong Learning Education Fair 2022 anjuran MSU Continuing and Extended Education Centre (CEdEC) yang berlangsung di kampus induk MSU di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan turut menyaksikan pelancaran MSU sebagai Pusat Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dalam memperkasakan agenda pendidikan sepanjang hayat yang memberikan peluang dan platfom kepada masyarakat khasnya golongan pekerja melanjutkan pendidikan tinggi mengikut laluan alternatif.

MSU Career and Lifelong Learning Education Fair 2022 dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Professor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. Hadir sama Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid dan Naib Presiden, HRD Corp Placement Centre (HPC), Dr Zeti Kasman.

MSU menawarkan APEL A dan APEL C di peringkat T-3 (Sijil), T-4 (Diploma), T-6 (Ijazah Sarjana Muda) dan T-7 (Ijazah Sarjana) serta menyediakan pusat penilaian APEL (Aptitude Test) melalui 10 lokasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelancaran Pusat APEL MSU membolehkan lebih ramai golongan pekerja mendapat peluang melanjutkan pengajian di samping memperkasakan perkembangan kerjaya mereka.

Turut diadakan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara MSU dan 10 organisasi iaitu MSU Medical Centre (MSUMC), Betelcare, Armila Berhad, Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd, Menara Group, iVend Data Sdn Bhd, Healthlane Family Pharmacy, Columbia Asia Hospital Klang, PowerSub One-Stop Mental Health Care dan MIOS Gastronomy.

Selain itu, sesi temu duga terbuka dan ceramah kerjaya diadakan oleh Biomed Global Services, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, Fire Fighter Industry, Agensi Pekerjaan Nexg, McDonald’s Malaysia, Air Selangor, Armila Berhad, Focus Point Vision Care Group dan Zeneration.

Artikel berkaitan 

Ini 13 senarai IPTA/S yang tawar pengajian doktor pergigian

‘MSU International Cultural Festival’ beri peluang warga universiti kenali budaya dan tradisi Uzbekistan

MSU lancar inisiatif kesukarelawan, bantu keluarga B40


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok