87759AA5-F8BF-4F7D-A80C-800220F0926F
87759AA5-F8BF-4F7D-A80C-800220F0926F

Pelajar Malaysia juara pertandingan inovasi peringkat antarabangsa, raih USD$5,000

Rasyidah Zulkifi
12 Mar 2022 02:47pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mohd Farith Ibrahim telah dinobatkan sebagai ‘Pemenang Hadiah Utama’ di peringkat antarabangsa pada Festival Impak Global Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) anjuran Intel®, semalam.

Perunding perhubungan awam, Anita Selvamalar berkata Farith merupakan peserta dari Malaysia bagi kategori ‘Penggemar AI' umur 18 tahun ke atas.

Baca juga

Inovasi sistem fertigasi kitar semula, galak pelajar ceburi bidang pertanian

Semarakkan budaya inovasi dan kreativiti UKM tidak terkecuali

Menurutnya, pelajar tempatan berkenaan mengusulkan cadangan penyelesaian bagi masalah pelepasan karbon monoksida (CO) yang berleluasa di serata tempat.

“Idea Farith adalah untuk membina sistem AI, didorong oleh perisian Intel, perpustakaan, dan lain-lain, yang apabila dipasang dalam kereta akan memantau tahap pelepasan CO, dan menghantar mesej amaran jika berlaku pembebasan CO secara berlebihan.

“Matlamatnya bagi membantu mengurangkan jejak karbon melalui pemantauan yang berkesan dan menyumbang kepada sasaran yang lebih besar iaitu membina sistem mesra alam.

“Mohd Farith memenangi hadiah berupa wang tunai USD$5,000, komputer riba berjenama Intel, serta mendapat peluang bimbingan dan latihan bersama Intel bagi solusi idea inovatif AI beliau,” katanya.

Sementara itu, dua pelajar dan seorang pensyarah tempatan juga masing-masing dinobatkan sebagai ‘Pemenang Negara’ dan ‘Penggemar AI yang dijanjikan’.

Ketiga-tiga pemenang wakil Malaysia.

Pemenang anugerah Malaysia tersebut adalah Lim Chee Wei (kategori 18 tahun ke atas), Chloe Poon Rou Yi (kategori umur 13 hingga 18 tahun) dan Dr Jasy Liew Suet Yan (kategori jurulatih, sekolah dan universiti).

Dalam pada itu, acara maya yang bertemakan 'Memperkaya Kehidupan dengan Inovasi AI' berjaya mencatat kehadiran 110,000 pelajar, pembangun dan pakar teknologi dari 135 buah negara.

Festival Impak Global AI anjuran Intel® juga menerima sebanyak 230 penyertaan Inovasi AI, dengan 14 daripada penglibatan tersebut datang daripada pelajar dan warga pendidik Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Menurut Anita, bagi memilih penyertaan terbaik, pakar Intel telah membuat penelitian yang menyeluruh bagi setiap kategori yang dianjurkan selaras dengan tema festival itu.

Katanya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Urusan Intel Malaysia, AK Chong, mengucapkan tahniah kepada barisan pemenang Malaysia.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok