Permohonan biasiswa sains tulen MyBrainsSc kini dibuka tarikh tutup 14 April
Permohonan biasiswa sains tulen MyBrainsSc kini dibuka tarikh tutup 14 April

Permohonan biasiswa sains tulen MyBrainsSc kini dibuka, tarikh tutup 14 April

Rasyidah Zulkifi
22 Mar 2022 10:21am
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan mengumumkan tajaan biasiswa MyBrainSc dibuka sehingga 14 April depan sebelum jam 11.59 malam.

Menurut KPT, calon berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.

Ini kerana permohonan secara manual tidak akan diproses.

Baca juga

Tiga pelajar UPM terima biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021

Biasiswa wanita Selangor dibuka kepada umum, mohon sebelum 15 Mac

“Program ini adalah salah satu agenda KPT untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

“KPT menawarkan biasiswa MyBrainSc kepada warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa.

“Dalam bidang sains tulen iaitu Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia di universiti awam (UA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara,” rujuk kenyataan itu.

Terlebih dahulu, pemohon perlu memastikan kertas kerja (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh bakal penyelia atau penyelia bagi peringkat pengajian sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Seterusnya, calon hendaklah bebas daripada senarai hitam Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) atau Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN).

Syarat mendapatkan biasiswa, pelajar sarjana muda, sarjana dan PhD yang berumur 21, 28 dan 35 tahun layak membuat permohonan asalkan warganegara Malaysia dan tidak terikat dengan sebarang kontrak penaja.

Kemudian, masing-masing hendaklah mendapatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.60 dan 3.75 ke atas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bagi cara pemilihan bakal penerima tajaan pula tertakluk kepada keputusan temu duga panel yang menilai.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penawaran boleh hubungi di talian 03 – 8888 1616 atau e-mel ke mybrainsc@mohe.gov.my.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok