Peserta teruja sertai Kem Sains Cuti Sekolah 2.0
Peserta teruja sertai Kem Sains Cuti Sekolah 2.0

Peserta teruja sertai Kem Sains Cuti Sekolah 2.0

Roshlawaty Md Raieh
08 Sep 2022 04:38pm
A
A
A

Seramai 65 murid berumur antara lima hingga 12 tahun telah menyertai Kem Sains Cuti Sekolah 2.0 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Besut, Terengganu.

Kem Sains Cuti Sekolah 2.0 anjuran Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA ini bertujuan menyuntik semangat cintakan ilmu dan memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai keseronokan menguasai ilmu sains dan teknologi.

Selain itu, ia juga berobjektif memenuhi masa lapang murid-murid sempena cuti sekolah dengan aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Dekan FBIM, Profesor Madya Ts Dr Khamsah Suryati Mohd berkata, kem tersebut menyediakan pelbagai program menarik yang berteraskan sains dan teknologi selaras dengan hasrat sistem pendidikan negara untuk memperkasakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar.

Katanya lagi, kem berkenaan memberi peluang kepada peserta mencuba pelbagai aktiviti menarik yang dapat membuktikan teori sains dengan cara yang interaktif dan mudah difahami.

Antaranya, kenali serangga, menggali ubi, tanaman pokok, membuat ais krim dan eksperimen sains di makmal.

Sementara itu, salah seorang peserta, Marissa Adelia Ahmad Fadhli memberitahu, dia begitu teruja dapat menyertai Kem Sains Cuti Sekolah 2.0 dan menyifatkan ia adalah pengalaman pertama yang sangat menyeronokkan kerana dapat bereksperimen bersama rakan-rakan.

“Seronok bila dapat menyertai kem ini. Ia bertambah menarik apabila mempunyai ramai kawan-kawan baharu. Insya-ALLAH, saya akan sertai lagi kem sebegini pada masa akan datang,” katanya yang merupakan murid Sekolah Rendah Agama Al Amin, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan

Ini perkara yang mak ayah perlu lakukan sepanjang anak-anak cuti sekolah. Memang menarik! 

Kelab UMTAC, KMUCK mahu lahir pemanah negara

UniSZA tawar biasiswa kepada gadis redah kebun getah untuk sambung pengajian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok