HomeIPTBuletin IPT"Senario konvokesyen sekali dalam seumur hidup," Presiden MMU

“Senario konvokesyen sekali dalam seumur hidup,” Presiden MMU

CYBERJAYA – Seramai 3,584 graduan Universiti Multimedia (MMU) bagi sesi 2021 akan menjalani Istiadat Konvokesyen ke-22 pada 19 Mac ini.

Mereka terdiri daripada 1,295 pemegang diploma, 2,143 ijazah sarjana muda, 108 sarjana dan 38 Doktor Falsafah (PhD).

Baca juga

Norma baharu: UTeM edar jubah konvokesyen kepada graduan secara pandu lalu

UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-93, jangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini

Sementara itu, Istiadat Konvokesyen ke-21 telah diadakan pada Sabtu lalu bagi meraikan seramai 2,839 graduan secara keseluruhan.

Mereka terdiri daripada 610 penerima diploma, 2,083 ijazah sarjana muda, 104 sarjana dan 42 Doktor Falsafah (PhD).

Graduan yang lulus adalah dari bidang Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Informatik, Pengurusan dan Perniagaan, Undang-undang, Sains Hayat, Komunikasi Strategik, Multimedia Kreatif dan Seni Sinematik.

Presiden MMU, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud, menyifatkan majlis graduasi tersebut sebagai dua acara mercu tanda yang unik.

Presiden MMU teruja dengan idea Istiadat Konvokesyen yang dilaksanakan.

“Ini adalah senario sekali dalam seumur hidup, dan saya menganggapnya sebagai upacara istimewa.

“Pandemik melambatkan istiadat asal, namun kami sangat gembira kerana akhirnya dapat memberikan graduan kami majlis yang sepatutnya,” katanya.

Difahamkan, Istiadat Konvokesyen ke-21 dan ke-22 untuk kelas 2020 dan 2021 dilaksanakan selama dua minggu berturut-turut bagi meraikan jumlah keseluruhan 6,423 graduan.

Gabungan kedua-dua acara eksklusif itu dijalankan bagi mengelakkan sebarang penangguhan lagi akibat pandemik Covid-19 walaupun biasanya mana-mana universiti hanya melaksanakan satu majlis graduasi setiap tahun.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

MMU juga bercadang mengadakan satu lagi Istiadat Konvokesyen untuk kelas 2022 pada November tahun ini.

Pada majlis itu, hadir sama, Canselor MMU, Tun Datuk Seri Zaki Tun Azmi dan Pro-Canselor, Profesor Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid.