ums taufiq yap yun hin 2022 Universiti awam Sabah anjur bazar ramadan galak mahasiswa niaga untuk jana pendapatan 
ums taufiq yap yun hin 2022 Universiti awam Sabah anjur bazar ramadan galak mahasiswa niaga untuk jana pendapatan 

Universiti awam Sabah anjur bazar ramadan, galak mahasiswa niaga untuk jana pendapatan 

Rasyidah Zulkifi
22 Apr 2022 09:20am
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 28 peniaga terdiri daripada mahasiswa, alumni dan peniaga luar terlibat dalam menjayakan Bazar Ramadan kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2022 sepanjang bulan mulia ini selepas dua tahun menyepi.

Penganjuran tersebut bertujuan mengasah bakat berniaga dalam kalangan pelajar sekali gus menjana pendapatan sendiri.

Baca juga

USM bangunkan lima inovasi, bantu tingkatkan pengeluaran Lada Sarawak

MSU anjur majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, penglibatan mahasiswa akan memudahkan mereka beradaptasi dengan kehidupan industri yang sebenar.

"Program ini bertepatan usaha UMS untuk menerapkan kemahiran insaniah sebagai persiapan memasuki dunia sebenar pekerjaan apabila pelajar tamat pengajian kelak. 

"Kita juga ingin melihat pelajar menjadi majikan atau 'tauke' besar suatu hari nanti bukan hanya bekerja sebagai kakitangan orang lain, ," katanya selepas merasmikan program Bazar Ramadan UMS, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut merupakan anjuran bersama Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) UMS dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah yang berlangsung sepanjang bulan puasa.

Sementara itu, Pengarah Fama Sabah, Ribin Wahid, berkata penganjuran bazar berkenaan diharap dapat menerapkan komuniti usahawan dalam kalangan pelajar UMS. 

"Kita juga berharap program seumpama ini akan berterusan sekali gus meningkatkan usahawan dalam bidang agromakanan melalui kerjasama dengan pihak UMS,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ujar beliau, Fama Sabah menjalinkan kerjasama dengan UMS melalui inisiatif Tamu Uptown @ My Rakyat yang beroperasi setiap Khamis sejak 17 Mac lalu.

Sebelum penjenamaan semula program itu dikenali sebagai Pasar Tani My Best Buy pada 2016.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok