93999408-F51E-4153-91B9-E53A5057486B
93999408-F51E-4153-91B9-E53A5057486B

UPNM tangguh istiadat konvokesyen hujung Februari ini

Rasyidah Zulkifi
17 Feb 2022 05:15pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-11 universiti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari ini.

Menurut UPNM dalam satu kenyataan, keputusan tersebut dibuat bagi mencegah penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia.

Baca juga

UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-93, jangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini

Alumni MRSM jadi Pegawai Wanita TLDM pertama miliki kepakaran dalam bidang peluru dan letupan, mengagumkan!

Menurut kenyataan itu lagi, langkah tersebut diambil demi mengutamakan keselamatan para graduan, ahli keluarga dan kakitangan universiti supaya kekal terpelihara.

Penetapan tarikh baharu itu bagaimanapun akan dimaklumkan kemudian tertakluk kepada situasi semasa Covid-19.

“Pihak universiti memahami serta prihatin terhadap keterujaan para graduan untuk meraikan kejayaan masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen ini.

“Pihak UPNM juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berikutan penangguhan Istiadat Konvokesyen ini dan amat menghargai segala jasa baik, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Bersamalah kita berdoa mudah-mudahan situasi akan bertambah baik bagi merealisasikan hasrat pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UPNM. Insya-Allah,” katanya.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok