Warga kampus jayakan UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Tun Canselor
Warga kampus jayakan UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Tun Canselor

Warga kampus jayakan UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Tun Canselor

Roshlawaty Md Raieh
25 Jan 2023 01:26pm
A
A
A

LEBIH 1,000 pelajar dan staf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjayakan program UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Tun Canselor, di sekitar kampus berkenaan, baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Sukan UTeM itu bertambah meriah dengan penyertaan Canselor UTeM, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, program bertujuan menggalakkan budaya bersukan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan warga universiti serta menzahirkan sokongan kampus kepada amalan tenaga hijau bagi penganjuran sukan sifar pelepasan karbon.

Kata Massila, platform ini pasti menjadi medan ramah mesra dan santai antara Tun Canselor bersama dengan pihak pengurusan tertinggi, warga kerja dan pelajar.

“Di samping itu, ia turut menjadi elemen penyumbang kepada pembentukan Keluarga UTeM yang sihat dan kompeten serta melahirkan pelajar yang mempunyai nilai tambah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, program yang menguji kecergasan peserta menerusi aktiviti melengkapkan trek laluan sejauh 8.8 kilometer turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir Dr Ghazali Omar dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Sabri Mohamad.

Artikel berkaitan 

UTeM bolot 2 kategori utama AHM 2022

Sukarelawan UTeM cakna pelihara keindahan Pulau Bidong

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok