UTeM bolot 2 kategori utama AHM 2022
UTeM bolot 2 kategori utama AHM 2022

UTeM bolot 2 kategori utama AHM 2022

Roshlawaty Md Raieh
12 Jan 2023 09:21am
A
A
A

Penganjuran Anugerah Hijau Melaka (AHM) 2022 yang diadakan baru-baru ini telah memperlihatkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengungguli dua daripada empat kategori utama yang dipertandingkan.

Membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan bagi setiap kategori, UTeM berjaya mendominasi kategori Pembudayaan Hijau dan Inovasi Hijau.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, pihaknya telah menghantar dua penyertaan dan tidak menyangka akan diumumkan sebagai pemenang kategori berkenaan.

“Syukur alhamdulillah atas rezeki yang ALLAH berikan dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) yang memenangi emas kategori Pembudayaan Hijau manakala satu lagi emas dimenangi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) kategori Inovasi Hijau.

“Selain Pembudayaan Hijau dan Inovasi Hijau, dua lagi kategori yang dipertandingkan dalam AHM 2022 adalah Projek Hijau dan Program Komuniti Hijau,” ujarnya.

AHM anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi, institusi, kerajaan dan swasta serta komuniti yang melaksanakan inisiatif teknologi hijau di Melaka.

Sebelum ini, pada 2021, UTeM telah berjaya memenangi Anugerah Tenaga Kebangsaan dan Anugerah Tenaga peringkat ASEAN.

“Tiada sebarang rahsia yang kami lakukan untuk memenangi kategori tersebut. Mungkin kesungguhan dan usaha keras yang dilakukan pasukan, membolehkan mereka menang,” ujar Massila yang berharap kejayaan itu menjadi suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga kampus untuk melestarikan amalan hijau.

Artikel berkaitan 

Sukarelawan UTeM cakna pelihara keindahan Pulau Bidong

UTeM miliki kepakaran dalam HVAC, kini bersedia kongsi kemahiran dengan pihak berkaitan

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok