SK Pasukan Polis Hutan sedia aktiviti menarik sempena Ramadan
SK Pasukan Polis Hutan sedia aktiviti menarik sempena Ramadan

SK Pasukan Polis Hutan sedia aktiviti menarik sempena Ramadan

Roshlawaty Md Raieh
22 Apr 2022 11:47am
A
A
A

Bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa bagi umat Islam. Ini kerana ia adalah bulan yang dijanjikan oleh ALLAH SWT sebagai Syahrul Magfirah (bulan keampunan) dan Syahrul Najah (bulan kemenangan dan pembebasan dari api neraka).

Bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, semua sekolah di Malaysia sepakat mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang sebulan berpuasa.

Tidak terkecuali, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan, Ipoh, Perak yang telah mengadakan aktiviti-aktiviti menarik untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.

Program dinamakan Ihya Ramadan 2022 itu menyediakan bermacam-macam aktiviti keagamaan untuk guru dan kakitangan sokongan serta semua murid Islam, yang bermula 1 hingga 29 April ini.

Antara yang telah berlangsung adalah Daie’ Muda, Tadarus al-Quran, Risalah Mubarak, pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster, solat Dhuha, bacaan CD al-Quran dan alunan Zikir Munajat serta tabung Ramadan.

Seterusnya, dua slot lagi iaitu kuiz Ramadan dan sumbangan duit Hari Raya akan diadakan pada minggu terakhir puasa.

Baca juga 

Bazar Ramadan UTeM meriah, beri peluang pelajar jana pendapatan sampingan

5 inisiatif yang boleh dilakukan oleh pelajar sempena Sambutan Hari Bumi 2022

Majlis berbuka puasa

Pada 18 April lalu, SK Pasukan Polis Hutan telah menganjurkan majlis berbuka puasa peringkat sekolah yang cukup meriah.

Majlis dihadiri semua warga sekolah yang hadir bersama keluarga masing-masing dan membawa pelbagai juadah sedap dan menyelerakan.

Guru Besar, Asiah Mohamad Sani berkata, program berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada aktiviti bagi program Ihya Ramadan 2022. Ia sememangnya dianjurkan pada setiap tahun dan warga sekolah digalakkan untuk membawa keluarga mereka.

Cikgu Asiah

“Saya melihat, program sebegini mampu mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

“Insya-ALLAH, pihak sekolah akan mengekalkan majlis ini di masa akan datang dan menganjurkannya dengan lebih meriah lagi,” ujarnya.

Majlis yang dianjurkan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan bersama Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Unit Dakwah itu turut diserikan dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, seorang guru baharu yang mengajar subjek Pendidikan Islam, Ustaz Quszaini Abd Manan, memuji majlis berbuka puasa tersebut kerana dilihat sebagai program yang cukup berjaya.

“Walaupun baru melapor diri di sekolah ini pada 21 Mac lalu, namun saya melihat hubungan semua warga sekolah cukup erat dan rapat sekali.

Ustaz Quszaini

“Mereka bekerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain sepanjang program berlangsung.

“Malah, budaya integrasi sesama mereka juga cukup kuat dan saya merasakan ia perlu diteruskan serta diterapkan kepada semua generasi muda,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok