1
1

Cari kerja lebih mudah, KPT sediakan platform untuk bakal graduan

Rasyidah Zulkifi
22 Feb 2022 02:37pm
A
A
A

Semua bakal graduan mempunyai impian untuk diserap bekerja sejurus tamat pelajaran di peringkat pengajian tinggi (IPT).

Namun begitu, ramai di antara mereka menganggur kerana berpendapat peluang pekerjaan tidak banyak.

Baca juga

Apa beza graduan dan siswazah? Ini penjelasan yang perlu pelajar ketahui

Tip langsai hutang PTPTN dalam masa singkat, graduan boleh cuba cara ini

Walhal, kerajaan giat melaksanakan pelbagai program bagi menguar-uarkan lambakan kerja kosong baik secara konvensional mahupun digital.

JobMatching@GREaT adalah salah satu program di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dijalankan secara dalam talian bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Ia merupakan sebuah portal sehenti yang bertindak mengumpulkan data pelajar IPT yang bakal menamatkan pengajian dan mendapat ijazah supaya pihak industri dan agensi kerajaan dapat menjejaki mereka bagi memenuhi keperluan pasaran buruh negara.

Laman sesawang berkenaan telah dibangunkan KPT dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Melalui inisiatif tersebut, pelajar IPT tersebut boleh mendapatkan maklumat mengenai tips, program dan peluang kerjaya terkini.

Langkah yang diperlukan cuma membuat akaun baru di laman web https://jobmatching.mohe.gov.my/ dengan menggunakan pelayar Google Chrome untuk mendapatkan paparan terbaik.

Peringatan supaya arahan pendaftaran dibaca dengan teliti kerana pengisian borang boleh dibuat sekali sahaja.

Menariknya, sistem ini membenarkan mereka memilih kategori mana-mana organisasi yang berkaitan dengan bidang pendidikan sama ada industri ataupun agensi persekutuan atau negeri.

Tambahan lagi, ia lebih spesifik kerana bakal graduan yang akan menamatkan pengajian dan mendapat ijazah boleh meletakkan syarikat impian mereka ketika mengisi borang tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Akhir sekali, setelah melengkapkan borang pendaftaran, sistem portal akan memadankan akaun pengguna dengan syarikat tersebut.

Sekiranya menghadapi masalah ketika pendaftaran boleh terus hubungi pihak KPT melalui e-mel sdtbppd@mohe.gov.my.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok