USM, telefon pintar
USM, telefon pintar

Cemerlang SPM 2021, 8 pelajar terima telefon pintar

Norliza Wasilan
11 Aug 2022 01:55pm
A
A
A

Seramai lapan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang menyertai Program empowerNCER-Akademik Pulau Pinang menerima telefon pintar.

Pemberian telefon pintar berkenaan adalah untuk membolehkan penerima dalam golongan B40 menggunakannya bagi tujuan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Program berkenaan adalah inisiatif Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat dengan dananya diperoleh daripada Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA).

Naib Canselor USM, Profesor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, program itu amat membanggakan kerana 98 peratus daripada peserta lulus keseluruhan dan mendapat sijil SPM.

“Daripada jumlah keseluruhan pelajar pula, seramai 79 peserta mendapat gred 5A dan ke atas.

“Program bagi kohort kedua ini disertai 1,000 calon SPM 2021 membabitkan 25 sekolah lima daerah, di Pulau Pinang,” kataya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook universiti itu.

Penerima telefon pintar itu, Nurul Syafika Mohd Zairi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Nibong; Nisa Nabiihah Mohamad Azhar (SMK Datuk Haji Abdul Kadir); Siti Humaira Syamimi Azmi (SMK Abdullah Munshi); Nur Batrisyia Md Radzi (SMK Mengkuang); Nur Amiesya Hanis Zakaria (SMK Dato' Haji Hassan Noh); Gooi Qian Ya (SMK Bakti); Muhammad Faris Mohd Salmi (SMK Teluk Kumbar) dan Bernice Chang Qi Ern daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Confucian.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau berkata, program berkenaan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Program memberikan fokus kepada sekolah yang mempunyai pelajar dalam kalangan B40 membabitkan pelbagai bangsa, Gred Purata Sekolah 5.0 ke atas dan tiada bantuan sokongan akademik tambahan daripada sumber lain,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan program itu membantu menyeimbangkan jurang sosioekonomi masyarakat melalui penyediaan pendidikan holistik kepada pelajar golongan B40 dalam pendidikan dan kemahiran insaniah.

Selain itu, Dr Faisal Rafiq berkata, pelajar yang menyertai program itu turut diberi khidmat bimbingan kerjaya sehingga mendapat tempat di pusat pengajian tinggi dalam bidang akademik atau TVET.

“Ketika ini juga, USM sedang menggembling tenaga kaunselor bertauliah serta coaches untuk terus membantu pelajar lepasan SPM 2021 kohort itu.

“Ini dilakukan bagi memastikan mereka mendapat tempat di peringkat pengajian seterusnya menjamin masa depan selaras hasrat program merapatkan jurang kemiskinan melalui pembangunan pendidikan,” katanya.

Artikel berkaitan

INNO4C USM bantu penternak B40 di Sarawak tingkatkan pasaran madu kelulut

Tumpangkan graduan ke konvokesyen, USM beri penghargaan buat Ashri

Terperangkap dalam kesesakan, graduan USM tumpang motosikal untuk hadir ke majlis konvokesyen


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok