Pic 2
Pic 2

Duta UNIMAS bantu perkenalkan universiti ke peringkat global

webadmin
31 Jan 2022 04:13pm
A
A
A

Seramai lima pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dilantik sebagai duta UNIMAS bermula tahun ini hingga 2023, bagi membantu memperkenalkan universiti di peringkat global menerusi perkongsian pengalaman mereka semasa menuntut di sini.

Ia juga selaras dengan objektif universiti pasca Covid-19 yang lebih memfokuskan keterlibatan pemegang taruh dengan mempergiatkan lagi jalinan kerjasama dengan negara asing melalui penglibatan pelajar antarabangsa di dalam program anjuran universiti tersebut.

Penyerahan surat lantikan sebagai duta UNIMAS telah diadakan di Global Hub, UNIMAS dan disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Lima pelajar antarabangsa yang dilantik menjadi duta adalah dua pelajar dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif iaitu Ahmad Izzeldin Ahmed Mohamed dari Sudan dan Putri Khairiyanti dari Pontianak, Indonesia.

Manakala tiga lagi pelajar dari Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat adalah Mustafa Payendanik dari Afghanistan, Ajibola Olaide Olawunmi, Nigeria dan Muhammad Ridho Febryansyah, Jakarta, Indonesia.

Turut hadir menyaksikan penyerahan surat lantikan kepada pelajar antarabangsa terbabit ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Thomas @ Kamarudin Kana, Pengarah Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko, Profesor Dr Tarmiji Masron dan Pengarah UNIMAS Global, Profesor Madya Dr Shanti Faridah Salleh.

Sebaik sahaja surat lantikan diserahkan, telah diadakan majlis ringkas bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di samping menjalinkan hubungan erat bersama-sama duta UNIMAS agar pelantikan ini memberikan mereka perspektif baru di dalam program anjuran universiti.

Baca juga 150 calon SPM 2021 ikuti program Jejak Cemerlang, bantu pelajar jawab soalan peperiksaan dengan betul

Baca juga Pelajar UKM jayakan aktiviti perkhemahan, amalkan SOP dan pengurusan risiko yang ketat

INFO

UNIMAS merupakan universiti awam kelapan dan yang pertama ditubuhkan sebaik Wawasan 2020 diilhamkan. Bermula dengan kira-kira 30 staf akademik, UNIMAS membuka pintunya kepada kumpulan pertama 118 pelajar pada 8 Ogos 1993. Para pelajar telah didaftarkan di dalam dua fakulti perintis, Fakulti Sains Sosial serta Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Dua pusat sokongan akademik juga ditubuhkan: Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, juga Pusat Khidmat Maklumat Akademik.

Pelbagai kejayaan telah diraih oleh universiti ini sepanjang penubuhannya.

Antara yang diperoleh adalah Premiere Information Technology Award menerusi Anugerah AFACT eAsia kategori ‘Merapatkan Jurang Digital’.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Selain itu, ia juga telah memenangi Industry Innovators Award for System Development and Application dari Persatuan berasaskan satelit Profesional Antarabangsa (SSPI), bagi kejayaan dalam menubuhkan telecentre di dalam komuniti terpencil di Bario, Sarawak untuk membantu masyarakat dalam komunikasi, pendidikan, e-dagang, kesihatan dan perkhidmatan kerajaan.

UNIMAS telah berjaya dalam perolehan geran penyelidikan dengan penerbitan dan penemuan saintifik yang berguna.

Institut Perubatan Kesihatan dan Masyarakat universiti telah berjaya membangunkan satu vaksin untuk denggi melalui kerjasama dengan syarikat antarabangsa, Bavaria Nordic.

Manakala Fakulti Sains dan Teknologi Sumber pula telah berjaya membangunkan proses menukar kanji sagu kepada asid laktik bagi menghasilkan plastik mesra alam.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok