Perarakan motosikal Harley Davidson
Perarakan motosikal Harley Davidson

Festival Muallim UPSI kukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat

Adlan Farhan Azwan
27 Jun 2022 05:11pm
A
A
A

Selepas seluruh negara bergelut dengan penularan wabak Covid-19, fasa pemulihan endemik menyaksikan pelbagai aktiviti bersemuka dan majlis keraian dilaksanakan di pelbagai peringkat masyarakat.

Untuk itu, buat julung kalinya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak melepaskan peluang merapatkan jurang bersama masyarakat menerusi Festival Muallim bersempena penganjuran Istiadat Konvokesyen ke-23.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Festival Muallim dan Pesta Konvokesyen (PESKON) ke-23 yang dianjurkan sejak 17 Jun lalu telah menyaksikan pengukuhan hubungan antara universiti dengan masyarakat setempat di daerah ini.

“Sejak penubuhannya, reputasi hebat UPSI bukan sahaja telah melakar pencapaian pembangunan pendidikan negara, malah, ia juga mengukuhkan semangat kekitaan dan hubungan lebih erat dengan masyarakat setempat,” jelasnya ketika merasmikan Festival Muallim di Dataran Cemerlang Bersama, Kampus Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.

Nolee Ashilin (tengah) memasukkan kunci sebagai simbol gimik pelancaran Festival Muallim dan PESKON UPSI.

Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang turut hadir ke festival itu berkata, UPSI akan terus melestarikan hubungan masyarakat dengan universiti serta memperkasakan ‘edu-tourism’ yang dapat merancakkan ekonomi setempat selaras hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Menerusi Festival Muallim dan PESKON, ia menyaksikan penglibatan pelbagai agensi kerajaan serta swasta menerusi pelbagai program yang dilaksanakan.

“Antara program-program tersebut ialah perarakan kenderaan berhias yang melibatkan lapan kontinjen terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), ResQ Team UPSI, Perarakan Sejarawan, Harley Davidson Jelajah 100 tahun UPSI, Kelab Permotoran Honda serta Majlis Mahasiswa Kolej (MMK),” jelasnya.

Perarakan motosikal Harley Davidson sempena jelajah 100 tahun UPSI.

Selain perarakan kereta berhias, Festival Muallim dan PESKON juga menganjurkan aktiviti seperti derma darah, pemeriksaan gigi, pameran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pameran seni, sukan ATV, kejohanan E-Sport, Majlis Puisi Seabad Ibu Kandung Suluh Budiman, pesta jualan makanan dan barangan dagangan.

Kemunculan artis-artis tempatan popular seperti kumpulan Bunkface dan Usop Mentor turut memeriahkan lagi suasana Festival Muallim dan PESKON 23.

Artikel berkaitan

Faizul dinobat Ikon Ulul Albab UPSI, sedia galas tanggungjawab

Video monolog Cikgu Syuaib muncul johan di Festival Seni Australia

665 pelajar baharu UPSI disaran amal budaya ‘BAIKK’


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok