UTHM-SENI-SINARBESTARI-2022 (1)
UTHM-SENI-SINARBESTARI-2022 (1)

Gabungan 3 negara warnai Festival Seni Persembahan Antarabangsa 2022

nadzarul.amir
01 Dec 2022 11:20am
A
A
A

Festival Seni Persembahan Antarabangsa 2022 (International Performing Arts Festival 2022) yang disertai tiga buah negara menjadi platform memperkasa seni persembahan dalam kalangan para pelajar.

Program yang berlangsung di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor bermula 23 hingga 25 November lalu, menampilkan bengkel-bengkel menarik seperti randai, seudati dan gambus.

Pengarah Program Rosdi Abdullah berkata, tiga negara yang terlibat dalam festival berkenaan adalah Malaysia, Indonesia dan Singapura.

"Pensyarah Institut Seni Budaya Aceh, Indonesia, Benni Andika, Haria Nanda Pratama dan Arismunandar bertanggungjawab memberi pendedahan mengenai seni randai serta seudati.

"Karyawan seni Singapura, Azrin Abdullah dari Oudists Association Of Singapura pula mengajar para pelajar tentang gambus manakala Malaysia diwakili Dr Mohd Nizam Attan dan saya sendiri," katanya kepada Sinar Bestari.

Festival Seni Persembahan Antarabangsa 2022 yang diadakan di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Festival disertai 50 pelajar dari pelbagai fakulti dianjurkan Pusat Kebudayaan UTHM dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia (MAKUM) dan ditaja Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ia dirasmikan Nurul Aida Mohd Nordin dari Bahagian Mahasiswa Holistik, KPT dan Profesor Madya Ts Dr Azman Hasan dari Jabatan Pendidikan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional UTHM.

Rosdi Abdullah memberitahu, festival kali ini diperluaskan kerana tidak terhad kepada bidang tari sahaja tetapi melibatkan muzik dan teater.

Sebahagian peserta Festival Seni Persembahan Antarabangsa 2022.

Katanya, program yang diadakan mampu membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pengurusan program, teknikal serta krew.

"Selain mendalami kemahiran bidang seni persembahan, para pelajar juga diberi pendedahan dengan pelbagai kemahiran termasuk insaniah, semangat berjuang dan berani berhadapan khalayak umum.

"Ilmu tersebut dapat digunakan apabila mereka menamatkan pengajian kelak kerana pengalaman tidak boleh dipelajari di dalam kelas," katanya.

Artikel berkaitan

Stadium UTHM terima pengiktirafan antarabangsa

Dura Adibah, pelajar UTHM raih pengiktirafan di Korea atas perkongsian keunikan budaya Malaysia

Selepas terima dua anugerah terbaik universiti, Mek Yun kini ‘wajah’ UTHM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok