Beliau menziarahi kubur bapanya
Beliau menziarahi kubur bapanya

Graduan UUM bawa gambar arwah bapa masa konvo

Rasyidah Zulkifi
17 Mar 2022 05:50pm
A
A
A

SINTOK - Graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Hamzan Mohd Saimi, 26, telah membuat kejutan apabila menerima skrol ijazah sambil membawa gambar arwah bapanya, Mohd Saimi pada Majlis Konvokesyen ke-33, UUM, semalam.

Baca juga

Bukan mudah jadi pelakon dan pelajar, Sweet Qismina akhirnya berjaya terima ijazah

“Senario konvokesyen sekali dalam seumur hidup,” Presiden MMU

Menurut Hamzan, arwah meninggal dunia pada 16 Januari 2021 dan tidak sempat menyaksikan konvokesyen dia sebaliknya hanya mampu melihat ijazah Hamzan yang dihantar oleh posmen pos laju sebelum ini.

“Kita hanya boleh merancang tetapi ALLAH yang menentukan segalanya.

“Arwah gembira kerana akhirnya saya dapat menamatkan pengajian di universiti apabila melihat ijazah itu.

Hamzan sempat bergambar dengan arwah bersama ijazah yang diterima melalui posmen.

“Namun, hasratnya tidak kesampaian untuk melihat saya di pentas Dewan Mu'adzam Shah akibat Covid-19,” jelasnya.

Difahamkan setelah Hamzan menerima jubah melalui pos untuk dipakai pada sesi konvokesyen pada 16 Mac lepas, terdetik dihati dia untuk menyarungnya.

Kemudian, anak sulung daripada tiga adik beradik itu menziarahi kubur arwah bapanya di Pondok Sipol To’ Uban Pasir Mas, Kelantan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada arwah.

Sementara itu, gambar Hamzan memakai jubah di kubur yang dimuat naik ke Facebook berjaya mendapat perhatian Naib Canselor UUM.

Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berharap Hamzan terus berusaha melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi lagi agar dapat membanggakan ahli keluarga.

“Sikap terpuji terutama menghargai ibu bapa dan ingin melihat kehadiran mereka terutama semasa konvokesyen pastinya dinantikan oleh semua anak-anak tetapi ALLAH lebih sayangi orang tua Hamzan dan bersabarlah,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok