“Hindari fitnah” - Ini pesanan utama Naib Canselor UUM pada perhimpunan bulanan
“Hindari fitnah” - Ini pesanan utama Naib Canselor UUM pada perhimpunan bulanan

“Hindari fitnah” - Ini pesanan utama Naib Canselor UUM pada perhimpunan bulanan

Roshlawaty Md Raieh
26 Sep 2022 04:59pm
A
A
A

Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Haim Hilman Abdullah sering menitipkan pesanan kepada warga universiti dalam perhimpunan bulanan mereka.

Terbaharu, Dr Haim Hilman memberikan peringatan kepada warga UUM supaya menghindari fitnah sebagaimana firman ALLAH dalam Surah al-Maidah ayat 91 bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu”.

Menurut Dr Haim Hilman, UUM perlu bebas daripada segala fitnah, keburukan, kebobrokan dan kebencian.

“Jadilah orang yang sentiasa berusaha menjadikan tempat yang suci lagi mulia terpelihara. Hindarkan perpecahan dan bangkit bersatu, bangsa menanti kehadiran kita mencipta sejarah baru, negara mengharapkan di sini tempat lahirnya pembela seperti pakar teknologi maklumat, ekonomi dan strategi bagi memastikan negara terbela dan bangsa bermaruah.

“Hari ini, kerana perjuangan nenek moyang kita, bukan tiada orang luar yang mahu memusnahkan kita tetapi kerana kesungguhan mereka berjuang mempertahankan negara, rakyat masih berdiri teguh.

“Andai kita berpecah, maka robohlah segala impian dan terlerailah semua harapan yang diletakkan jutaan rakyat kepada UUM,” tegasnya.

Seterusnya, beliau turut memberi ingatan kepada warga kampus agar tidak mengkhianati institusi dengan keputusan yang dibuat untuk kepentingan diri dan jangan sesekali mengambil sesuatu yang bukan hak walau satu sen.

“Jadikan diri kita sebagai benteng kukuh untuk mempertahankan institusi ini walau apa jua badai yang melanda demi memastikan universiti yang dibina 38 tahun tetap teguh berdiri,” katanya sempena Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Malaysia peringkat UUM di Dewan Mu’adzam Shah, baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau bersama warga kampus menyertai program Briskwalk Keluarga Malaysia peringkat UUM bermula di Dewan Mu’adzam Shah melalui Persiaran Perdana dan Pusat Pengajian Pengkomputeran.

Majlis turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen UUM ke Kejohanan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) kali ke-44, penyerahan bendera dan kemeja T UUM-ABC Endurance Challenge 2022, perkongsian Hari Malaysia bersama Mejar (B) Dr Nor Ibrahim Sulaiman serta pelancaran SUKUM 2022.

Artikel berkaitan 

5 atlet golf UUM wakili Malaysia

76 pelajar UUM selami kehidupan Orang Asli suku Kensiu di Baling, Kedah

Elakkan diri menjadi individu toksik di media sosial


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok