Ini senarai 4 menu murah dan berkhasiat buat pelajar IPT
Bagi mereka yang belajar di institut pengajian tinggi (IPT), lapar itu adalah perkara biasa. Ini kerana duduk sendiri, berdikari tentulah tidak sama dengan tinggal di rumah bersama ibu bapa.
Namun, nak makan sedap-sedap sentiasa, sebagai pelajar perlu berjimat cermat. Jadi, untuk kali ini, perkongsian Fitri Hadi ini mungkin sesuai untuk anda ikuti, terutama bagi yang sentiasa rasa lapar.
Baca juga:
“Siasatan mendapati gambar itu bukan makanan RMT” – Radzi
Amalan pemakanan sihat semasa Ramadan, guru, ibu bapa dan pelajar boleh jadikan ini sebagai rujukan
Empat menu murah dan banyak kandungan nutrien ini baik buat pelajar.
1-Menu dari roti putih
Pelajar IPT boleh membeli roti putih di mana-mana kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan rumah sewa.
Umumnya, terdapat pelbagai pilihan roti di rak-rak kedai seperti Gardenia dengan harga yang berpatutan.
Makanan ini bukan sahaja murah, malah, berkhasiat jika anda ingin berjimat-cermat dan menjalani gaya hidup sihat.
Antara menu yang boleh dibuat dengan roti ini ketika di rumah sewa ialah roti tuna, roti sapu jem atau roti cicah milo.
2-Menu dari telur ayam
Para pelajar boleh membeli stok telur ayam kerana bahan makanan ini bukan sahaja murah dan sihat, ia juga mengenyangkan.
Jika anda ada dapur memasak, anda boleh mengalas perut perut dengan hidangan telur separuh masak hanya menggunakan air panas.
Cara membuat hidangan tersebut amat mudah, cuma rendam dalam air panas selama enam hingga 10 minit.
Menu ini bukan sahaja menyihatkan, malah, mampu memberi tenaga bagi pelajar yang kerap lapar.
3- Nasi atau bubur
Menu bersumberkan beras ini adalah makanan ruji rakyat Malaysia.
Jika pelajar menyewa di luar kampus pasti mereka mempunyai dapur gas dan peralatan memasak.
Pelajar boleh membuat menu nasi air yang ringkas dan menyihatkan jika anda gemar dengan makanan dari pantai timur ini.
Selain itu, pelajar juga boleh memasak bubur nasi mengikut cita rasa sendiri yang memerlukan modal sedikit sahaja.
4- Bijirin penuh
Menu ini selalunya dimakan pada waktu malam jika pelajar teringin memakan sesuatu yang ringan.
Oat merupakan bijirin penuh yang murah dan ada dijual di mana-mana kedai dan pasaraya berdekatan.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Makanan berkhasiat ini juga baik untuk mereka yang mengalami masalah ketidakhadaman perut.
Tuntasnya, Sinar Bestari berharap para pelajar masih dapat menikmati makanan murah dan berkhasiat dengan bajet yang rendah setelah membaca perkongsian ini.
Sumber: Fitri Hadi